Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM menggariskan beberapa objektif: 1. Menjadi satu badan induk yang mewakili pelajar-pelajar Islam di Malaysia untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. 2. Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia. 3. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain. 4. Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa. 5. Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM. |
Menjana Generasi Rabbāni Demi Membina Tamadun Khayra Ummah
Misi
Gerakan pelajar Islam dinamik dan beriltizam melahirkan generasi muda ke arah memartabatkan idealisme dan cita-cita besar Islam
Motto
Hidup Biar Berjasa
Jasa Tokoh Terdahulu
Kini PKPIM masih lagi berada di persada dakwah lebih 40 tahun dan terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi cabaran semasa. Dengan penuh iltizam, PKPIM cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, mampu menyelaraskan pergerakan pelajar Islam di seluruh negara serta menjadi jurubicara pelajar yang dihormati. Di bawah disenaraikan nama-nama Presiden PKPIM yang telah menggerakkan persatuan ini:
http://www.malaysiakini.com/news/100946
Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.
Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".
Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."
Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.
Perhimpunan Agung Wanita Umno hari ini turut menerima beberapa usul politik, ekonomi, agama dan sosial yang diterima tanpa dibahaskan.
Jawatan menteri
Beberapa bahagian didapati menyuarakan hasrat mereka supaya ketua Wanita diberi tempat sebagai menteri kabinet.
Cadangan itu dibuat oleh dua bahagian daripada Perlis (Padang Besar dan Kangar) dan dua bahagian lagi daripada Terengganu (Besut dan Kuala Terengganu).
Pasir Salak, Bagan Serai, Kuala Langat dan Bukit Katil pula mengusulkan supaya Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan dan dipertahankan.
Pasir Salak bagaimanapun menekankan perlunya akta kontroversi itu dilaksanakan secara profesional, adil dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.
Setelah dirasmikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam tadi, tiga sayap Umno - Pemuda, Putera dan Puteri - mula bersidang hari ini.
Pada masa ini sedang berlangsung pengundian untuk memilih pucuk pimpinan masing-masing.
Persidangan Wanita kali ini juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang dicabar oleh Timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 sebagai pakej rangsangan kepada Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Pakej rangsangan tersebut yang berupa bajet mini berjumlah 60 bilion, melakar sejarah ekonomi Malaysia.
Belum pernah sebelum ini satu pakej rangsangan yang berjumlah sebegitu besar dibentangkan selepas pembentangan bajet tahunan negara. Namun, ia adalah suatu yang logik dan munasabah di dalam mendepani krisis ekonomi dunia yang teruk sehingga menyebabkan penguncupan ekonomi terburuk semenjak The Great Depression pada tahun 1929.
Teras Pertama yang berjumlah RM 2 bilion daripada empat teras yang dibentangkan di dalam bajet mini mempunyai kesan langsung kepada siswazah. Program-program yang ditawarkan di dalam teras tersebut adalah untuk membantu siswazah untuk mendepani masa-masa sukar natijah daripada krisis ekonomi kali ini. Teras tersebut diperuntukkan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan melalui penyediaan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kebajikan pekerja yan telah diberhentikan kerja, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam, peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran, skim PROSPER siswazah dan usaha mengurangkan pekerja asing.
Perlu dicermati bahawa kira-kira 56,000 orang telah kehilangan pekerjaan kesan daripada krisis ekonomi kali ini. Ini tidak termasuk puluhan ribu lagi siswazah yang sudah sedia menganggur dan yang baharu tamat pengajian dan kini di dalam pengangguran. Justeru, di dalam teras pertama yang dibentangkan, bukan sahaja siswazah yang menjadi satu-satunya sasaran yang bakal menerima manfaat daripadanya, tetapi terpaksa bersaing bersama dengan golongan pekerja yang telah diberhentikan, golongan pekerja yang diberhentikan sementara dan mereka yang mengalami kekurangan pendapatan.
Tanpa mengabaikan sasaran lain di dalam perlaksanaan program-program di bawa teras pertama bajet mini tersebut, kedudukan siswazah harus dipertimbangkan sebaiknya kerana siswazah berada di kedudukan yang rapuh di dalam persaingan bersama sasaran lain. Ini kerana pengalaman berkerja golongan pekerja yang diberhentikan samada secara kekal mahupun sementara menjadi satu kelebihan ke atas siswazah yang baharu sahaja menamatkan pengajian tanpa pengalaman berkerja. Ini khususnya berlaku di dalam sektor swasta yang tentunya akan mengutamakan kemahiran dan pengalaman berkerja.
Justeru, adalah dicadangkan supaya perlaksanaan program-program di bawah teras pertama perlu mengenalpasti dan membahagikan sasaran program secara jelas. Adalah baik sekiranya diletakkan satu nisbah peratusan yang sedia ditentukan untuk setiap sasaran program ini. Sebagai contoh, dengan meletakan peruntukan 30 % tempat diberikan untuk siswazah di dalam program-program yang ditawarkan di bawah teras pertama dalam bajet mini yang dibentangkan.
Tidak dinafikan bahawa Teras Pertama yang dibentangkan banyak menawarkan program-program yang menyediakan ruang dan peluang untuk siswazah berkecimpung di dalam keusahawanan seperti Program Tunas Mekar dan Skim PROSPER siswazah. Namun, tidak semua siswazah mempunyai minat ataupun kemahiran yang menjurus ke arah keusahawanan. Oleh itu, siswazah yang mempunyai minat dan kemahiran yang menjurus ke arah lapangan lain sebagai contoh kepimpinan, perlu turut diberi perhatian dan bantuan sewajarnya. Ini adalah untuk memastikan supaya mereka tidak tercicir untuk turut memberi sumbangan kepada negara.
Namun, ruang dan peluang yang disediakan untuk berkecimpung di dalam keusahawanan tidak boleh dipersiakan oleh siswazah. Siswazah perlu memanfaatkan kelebihan yang disediakan untuk mereka berkecimpung di dalam keusahawanan. Tambahan pula penglibatan siswazah di dalam keusahawanan akan mampu untuk membantu negara biarpun sedikit untuk mengharungi krisis ekonomi kali ini. Di kala masalah deflasi timbul, siswazah perlu bijak untuk mengenalpasti sektor-sektor ushawan yang ingin diceburi.
Siswazah juga harus mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui peluang yang ditawarkan di dalam Teras Pertama Bajet Mini 2009. Penampungan kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM 20,000 untuk pelajar peringkat sarjana kedoktoran falsafah dan RM 10,000 untuk pelajar peringkat sarjana adalah satu usaha yang murni oleh kerajaan. Bukan sahaja ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran dalam jangka masa pendek, bahkan ia dapat membina kapasiti akademik para siswazah untuk memiliki kelayakan yang lebih tinggi.
Siswazah harus mengambil pelang ini untuk memperolehi kelayakan akademik yang lebih tinggi. Dalam masa-masa mencabar ini, peluang melanjutkan pengajian tambahan pula dibiayai samada secara penuh ataupun separuh adalah satu pilihan yang cukup baik. Persepsi bahawa kelayakan akademik yang tinggi adalah tidak perlu untuk pekerjaan selain daripada dunia akademik dan kepensyarahan adalah tidak tepat dan perlu diketepikan.
Biarpun dengan segala program-program yang ditawarkan untuk dimanfaatkan oleh siswazah di dalam Teras Pertama Bajet Mini 2009 ini, siswazah tidak boleh berada di dalam zon selesa. Siswazah tidak harus menyandarkan survival dan masa depan diri kepada orang lain sebagai contoh kepada kerajaan semata-mata. Siswazah perlu bersikap proaktif di dalam membina kehidupan diri tambahan lagi di dalam suasana ekonomi yang tidak menentu pada hari ini.
The demonstrators were set to march to the royal palace in the Malaysian capital on Saturday to ask for the king's support in ensuring that all schools teach science and maths in Malay.
Police fired tear gas as the protesters began their rally from the National Mosque to the palace about three kilometres away, Hatta Ramli, one of the demonstrators, said.
"It was a peaceful march. They shot [tear gas] without any warning," he said.
Authorities in the former British colony started a programme in 2003 to resume teaching mathematics and science in English, believing that poor English-language skills were undermining Malaysian students.
But Malay teachers and linguists have said that the policy has come at the expense of modernising Malay in the scientific lexicon.
'Scores arrested'
Hadi Awang, president of Pan-Malaysia Islamic party (PAS), a conservative Islamic opposition party, was among those taking part in the rally, Hatta said.
At least 124 people were detained during the police operation against the protesters, the Star online news service reported.
Musa Hassan, inspector general of police, said the organisers had greed to only send representatives into the palace after afternoon prayers but PAS and Keadilan, another opposition party, turned it into a rally, he said.
"We had no choice but to use tear gas to disperse the crowd who refused to listen to police warnings," Musa was quoted as saying by the Star online news service.
About 60 per cent of Malaysia's 27 million-strong population is Malay, while 26 per cent is ethnic Chinese and eight per cent ethnic Indian.
Najib Razak, the deputy prime minister, said on Friday that English was important if Malaysia is to compete on the global stage.
But he said that the government would ensure that Malay was the official teaching language.
"Mastering foreign languages does not necessarily erode an individual's identity," he told Bernama news agency.
PETALING JAYA 7 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.
Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.
"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini.
Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.
Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.
Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.
Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu.
Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.
Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu.
"Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,'' katanya.
KOTA BAHARU: Perhimpunan Agung Umno ke-63 hujung bulan ini dijangka membincangkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang kini menjadi isu hangat diperbincangkan dan kerajaan perlu memberikan perhatian serius.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah ke arah mempercepatkan tindakan menangani isu ini perlu dilakukan bagi memastikan masalah itu tidak berlarutan dan masyarakat dapat menerima dengan baik.
"Adalah tidak tepat sekiranya penyelesaian isu bahasa dilengah-lengahkan dan menteri berkenaan perlu beri kata dua dalam menyelesaikan masalah ini. Apa pun keputusan akan dikaitkan dengan Umno dan ini memberi kesan negatif terhadap parti yang selama ini dianggap pembela orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas majlis Maulidur Rasul di sini, hari ini.
Beliau yang juga calon Timbalan Presiden Umno tidak menolak kesan isu bahasa Melayu memberi persepsi yang tidak sihat kepada parti dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Umno.
"Terserah kepada menteri berkenaan, bagi saya ia banyak faedah sekiranya diberikan keputusan yang cepat khususnya untuk generasi akan datang," katanya. - Bernama
ABDUL MUNTAQIM BIN ZULKIPLI
PKPIM 2008/2009
Gombak, 18 Februari - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan mengetuai Gerakan Anti PPSMI (GAP) membuat laporan polis terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). PKPIM akan membuat laporan polis tersebut pada hari ini bertempat di Balai Polis Gombak pada jam 1 petang
PKPIM mengambil tindakan membuat laporan polis berhubung isu ini adalah untuk memohon penyiasatan terhadap tindakan KPM meneruskan PPSMI yang melanggar prinsip dan maksud Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang di Malaysia. Para pelajar dan Mahasiswa adalah dijemput untuk bersama-sama PKPIM di Balai Polis Gombak bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan ini dan menggesa pemansuhan PPSMI dalam kadar segera.
Tindakan ini diambil atas rasa solidariti bersama Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) yang telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama pada hari Ahad yang lepas. PKPIM dan GAP komited dan konsisten bersama-sama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di bawah pimpinan Dato' Dr. Hassan Ahmad bagi memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu di Malaysia demi Bangsa dan Islam.
(http://pkpim.net)16 Januari, Bangi - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menyertai demonstrasi Anti Israel yang dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di perkarangan Masjid universiti tersebut selepas solat Jumaat hari ini. Pimpinan mahasiswa Islam daripada Ikatan Studi Islam (ISI) UKM telah menyampaikan ucapan menzahirkan kebencian dan penentangan terhadap kekejaman dan kezaliman Rejim Israel terhadap Gaza. Setiausaha Agung PKPIM, Khairul Anwar Shazali turut diundang untuk berucap di dalam himpunan tersebut.
Khairul Anwar dan pimpinan mahasiswa yang berucap telah bersama mengajak kesatuan yang dibentuk perlu berisifat pada dan kukuh. Kesatuan umat Islam ini perlu dengan mengenepikan perbezaan kelompok dan ideologi. Penzahiran penentangan terhadap Rejim Israel perlu dilaksanakan. Saranan boikot terhadap produk negara haram Israel dan negara-negara sekutunya perlu dilaksana dan diperhebat. Khairul Anwar turut menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan semua Perjanjian Perdagangan Bebas yang dibuat bersama negara-negara sekutu Rejim Israel seperti Amerika Syarikat dan Republik Czech.
Kira-kira 300 demonstran yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun. Demonstari tersebut juga telah menyaksikan wakil mahasiswa bukan Islam berucap di himpunan tersebut yang menyatakan betapa isu Palestin bukan hanya isu agama Islam tetapi telah bertukat menjadi isu kemanusiaan. Rejim Israel telah melakukan jenayah kemanusiaan. Himpunan demonstran turut memijak dan membakar bendera negara haram Israel dan negara-negara sekutunya
Manakala di Nilai pula, PKPIM telah menyertai Demonstrasi Anti Israel yang dianjurkan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Pimpinan dan ahli PKPIM di peringkat mahasiswa di KUIS telah bersama melaungkan kata-kata kebencian terhadap tindakan kejam Rejim Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Menurut salah seorang pimpinan PKPIM mahasiswa, Mohd. Syahiran, ribuan mahasiswa KUIS telah menyertai himpunan tersebut bagi membina kesedaran dan keinsafan akan tragedi yang menimpa saudara seakidah di Palestin.
| |
ENAM tahun sudah berlalu sejak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 'dipaksakan' di sekolah. Suara bantahan terus bergema, malah makin lantang dan bertenaga, terutama melalui Gabungan Mansuh PPSMI (GMP). Sokongan rakyat dan masyarakat intelektual terhadap GMP begitu memberangsangkan sekali. Ikuti wawancara wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, ANIS NAZRI dan IRWAN MUHAMMAD ZAIN, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN MD SALLEHdengan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, di pejabatnya, Yayasan Karyawan di Pusat Bandar Damansara, baru-baru ini. HARAKAH: Isu mengenai PPSMI sudah berlanjutan sejak enam tahun lalu. Jika dahulu para pejuang bahasa tidak nampak begitu menonjol seperti sekarang, dengan melancarkan kempen membantah dasar ini di khalayak ramai di Kompleks Membeli-belah Sogo, 1 Feb lalu. Mengapa agaknya baru sekarang bertindak sedemikian? HASSAN AHMAD: Saya fikir begini, kita perlu takrifkan apa itu pejuang bahasa. Ada orang berfikir pejuang bahasa ialah aktivis bahasa, melaung sana melaung sini. Pejuangan bahasa ini adalah perjuangan ilmu, mempertahankan konsep dan prinsip yang benar. Bahasa Melayu dan pendidikan dalam bahasa Melayu tidak pernah menjadi masalah sepanjang sejarah bahasa Melayu, tiba-tiba ada pihak yang menyekat dan dijadikannya masalah. Pejuang bahasa hari ini ini terdiri daripada sarjana bahasa, ahli sains dan matematik yang telah terdidik dalam bahasa Melayu. Para ilmuan ini bergerak ke tempat umum kerana saluran lain sudah tertutup. Media-media perdana tidak menyiarkan suara-suara kebenaran ini. Jadi rakyat tidak dapat mendengar hujah yang benar mengenai dasar ini. Yang banyak disiarkan ialah hujah pihak yang membuat dasar. Namun, dengan adanya media alternatif, seperti blog, masyarakat semakin terdedah untuk membaca berita yang lebih bebas dan benar. Beberapa banyak orang memberitahu saya, takkanlah pelajar di sekolah kebangsaan luar bandar yang tidak mengetahui atau lemah bahasa Inggerisnya, tiba-tiba tidak pandai matematik yang diajarkan dalam bahasa yang mereka tidak faham itu; ada di antara mereka mendapat tiba-tiba boleh dapat markah 'A'. Statistik itu diragui oleh banyak orang. Rakyat tak tahu cerita sebenar. Sudah beribu pelajar, ahli sains, profesor dan pensyarah pelbagai bidang sains dan matematik yang terdidik dalam bahasa Melayu sejak 30 tahun dahulu. Apakah mereka ini tidak maju dalam bidang-bidang itu kerana diajarkan dalam bahasa Melayu? Apakah sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Melayu di Malaysia lebih rendah daripada sains dan matamatik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris di universiti luar negeri, seperti di Universiti Harvard, dan lain-lain? Adakah Matematik di Harvard atau Oxford misalnya dua campur dua sama dengan lima (2 + 2 = 5)? Ilmunya sama. Konsepnya sama, tidak kira dalam bahasa apa pun ilmu itu diajarkan. Sebanyak lima rundingan meja bulat diadakan bersama ahli pejuang bahasa dan pendidikan. Namun, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai Dato' akhirnya ke jalan raya. Menteri Pelajaran menyifatkan tindakan GMP ini akan membuatkan kerajaan tidak dapat membuat keputusan secara waras. Apa reaksi Dato' dengan kenyataan tersebut? Sebenarnya, GMP bukan gerakan jalanan. Ini gerakan mempertahankan tamadun bangsa, bahasa Melayu, pendidikan Melayu. Kita cuba berfikir secara waras. Kita bukan kumpulan 'gila bahasa Melayu'. Kita bukan gerakan antikemajuan, antibahasa Inggeris, antikerajaan. Tapi cuba fikir, dasar yang salah ini telah dilaksanakan selama enam tahun. Apakah kita perlu tunggu enam tahun untuk mengkaji baik buruknya, sedangkan keburukannya sudah diketahui umum. Yang tidak waras atau istilah lain yang lebih tertib, yang tidak rasional, ialah orang yang membuat keputusan ini dalam tahun 2003, konon hendak tunjukkan bahasa Inggerislah yang boleh memajukan bangsa Melayu dan negara ini, bahasa Melayu tak boleh. Masalahnya mereka tidak mahu mendengar pandangan dan hujah orang lain yang lebih rasional. Apa guna ada rundingan jika pihak berkuasa tidak mempedulikan fakta yang sebenar. Perlu kena tunggu enam tahunkah? Dalam tempoh itu masalah makin lama makin menjadi kompleks dan bertambah parah. Baru-baru ini pejuang bahasa nampak ke hadapan. Selain sebab yang dikatakan tertutupnya saluran rundingan, ada yang berkata pejuang bahasa ini agak lambat bertindak secara lantang seperti sekarang. Kenapa agak lambat bertindak? Hakikatnya, ketika kerajaan mula-mula membuat keputusan yang salah itu, banyak pihak telah menentangnya. Bukan Melayu sahaja, kaum lain pun tentang dasar ini. Orang Cina yang saya sendiri jumpa menentang PPSMI. Surat khabar Cina menceritakan keburukan dasar ini, berdasarkan hujah ilmu dan kajian yang ilmiah. Surat khabar Melayu seolah-olah takut hendak menyiarakan pandangan dan hujah yang menentang keputusan itu, seolah-olah mereka tidak membela bahasa mereka sendiri, tetapi menyokong bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu bagi bangsa Melayu. Yang diceritakan, menteri kata itu, kata ini. Banyak pelajar dapat 'A'. Pelajar dari sekolah mana? Pelajar dari sekolah kebangsaan di kampung dan di ceruk rantau negeri ini ke? Cuba pegawai-pegawai kerajaan Kementerian pergi duduk dalam bilik darjah di sekolah luar bandar yang daif itu, dan lihat apakah benar pelajar itu faham apa yang diajarkan kepada mereka dalam bahasa Inggeris, bahasa yang mereka tidak tahu. Kita sedang mengalami proses membodohkan diri kita sendiri, proses jahiliah. Islam sudah tinggalkan zaman jahiliah, kita masih hidup dalam zaman jahiliah, zaman orang tidak menghormati ilmu dan kebenaran. Segala masalah yang timbul itu adalah disebabkan kerajaan membuat keputusan yang salah. Sepatutnya masalah tidak timbul lagi setelah 50 tahun kita merdeka. Banyak orang berharap dasar itu akan diubah selepas pilihan raya 2004. Rupanya kita hanya sibuk dengan isu jambatan bengkok. Dasar yang lebih bengkok, iaitu PPSMI itu, tidak diselesaikan. Yang kasihannya pelajar yang berada di luar bandar. Yang tiada mempunyai akses kepada kemudahan-kemudahan pembelajaran ini seperti yang terdapat di bandar. Wujud suasana tidak adil bagi pelajar-pelajar itu dalam hal dasar ini. Bagaimana Dato' terdorong untuk mengetuai gerakan ini? Saya sebenarnya didatangi oleh sekumpulan orang muda meminta saya mengetuai gerakan ini, kerana, menurut mereka, sudah tiada orang yang mahu berjuang lagi untuk mempertahankan bahasa mereka. Saya terima dengan syarat gerakan ini bergerak bukan untuk berperang melawan sesiapa tetapi semata-mata untuk meminta supaya pihak yang berkuasa memansuhkan PPSMI demi kebaikan dan kepentingan bangsa, pendidikan dan kemajuan negara berdasarkan model kita di Malaysia, bukan di Britain atau di Amerika Syarikat. Kita tak usahlah berdolak-dalik lagi. Kita mempunyai banyak hujah, fakta dan hasil kajian untuk meyakinkan rakyat dan khususnya orang-orang dan pihak yang tidak faham tentang keburukan PPSMI itu. Tugas saya dalam gerakan ini lebih banyak bersifat memberi nasihat dan sebagai tenaga pengimbang, memimpin gerakan yang kebanyakannya ditenagakan oleh orang muda yang sangat prihatin terhadap masalah bangsa, mengimbangi antara perasaan dengan realiti. Ketika ada yang datang bertanya kepada saya, saya fikir kenapa tidak? Jadi saya pun terima. Dato' mengatakan tadi, bahawa media Melayu tidak begitu terbuka berbanding media Cina, isunya sekarang sejauh mana usaha-usaha ini boleh menekan kerajaan. Di mana kita lihat apabila kerajaan rasa survival politik mereka tergugat, barulah mereka akan bertindak. Jika sekadar tanda tangan dan hantar ke kerajaan, ia tidak begitu menekan. Sejauh mana usaha itu boleh memberi tekanan kepada kerajaan? Tekanan bagaimana yang kita mahu buat? Rampasan kuasa? Tentera? Itu bukan caranya. Kita mahu menyedarkan pihak yang berkuasa dengan sebaik-baiknya bahawa PPMSI itu salah dan hendaklah segera dimansuhkan sebelum imej kerajaan sendiri akhirnya tergugat dan rosak dan mungkin akan dihukum oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Saya yakin kerajaan akan berfikir waras, dan kini mulai mendengar desakan. Jika tidak, saya percaya pilihan raya umum nanti mereka boleh telungkup. Orang Umno sendiri banyak yang bantah PPSMI. Cuma mereka takut. Ini kelemahan Melayu, takut menentang kesalahan, padahal mereka sepatutnya berani kerana kebenaran. Jadi, perancangan awal GMP untuk mengadakan perhimpunan 100,000 rakyat bagi membantah dasar PPSMI ini akan diteruskan Mac ini? Ya, setakat ini perhimpunan tersebut akan diteruskan Mac ini. Tapi ini bukan perhimpunan demonstrasi, perhimpunan jalanan, tetapi ialah kumpulan yang mewakili ratusan ribu, mungkin berjuta rakyat yang menentang dasar itu. GMP hanya mewakili mereka. Bagi pandangan Dato', mengapa dasar ini perlu dibantah dan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar-pelajar? Hal ini sudah kita jelaskan sedikit tadi. Kajian ilmiah, berdasarkan ilmu pendidikan dan ilmu budaya bahasa atau ilmu bahasa kognitif (yakni, bahasa sebagai alat pemikiran manusia). Kanak-kanak lebih mudah memahami konsep sesuatu ilmu, termasuk sains dan matematik, dalam bahasa asalnya, misalnya kanak-kanak Melayu dalam BM. Jika ilmu itu diajarkan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu, ada dua masalah yang akan timbul. Pertama, dia kena belajar bahasa yang dia tidak tahu iaitu BI. Keduanya, dia kena belajar pelajaran yang dia tidak tahu dalam bahasa yang dia tidak tahu. Inikan masalah serius? Kanak-kanak itu mendapat pendedahan ilmu dan pengetahuan awal di persekitaran mereka dalam bahasa ibunda mereka. Ini fakta berdasarkan kajian ilmu, tapi kita membuat keputusan tidak berdasarkan ilmu itu. Itu asasnya. Jika soal pendidikan sudah tidak ada asasnya, kacau dibuatnya. Ada orang - termasuk orang yang 'berilmu' - yang berkata, apalah orang Melayu nak bising sangat. Hanya dua mata pelajaran sahaja yang terlibat, iaitu sains dan matematik. Itu kata mereka. Orang 'berilmu' tidak semestinya dia tidak jahil. Yang terlibat bukan dua mata pelajaran sahaja tetapi ialah 89 subjek yang dianggap berteraskan sains. Jikalau orang Melayu tidak lagi dibenarkan mempelajari sains dan matematik dalam BM, akhirnya tidak ada orang Melayu yang boleh menjadi doktor perubatan, jurutera, ahli kimia, ahli biologi, botani dan lain-lain lagi dalam bahasa Melayu, kerana mereka tidak belajar sains dalam bahasa ini. Tidak ada orang Melayu yang mampu bercakap dan berbincang tentang pelbagai bidang sains itu dalam bahasa Melayu. Ini sedih. Ini tragedi bagi bahasa Melayu, budaya Melayu, dan bagi bangsa Melayu. Masalah yang patut diselesaikan oleh kerajaan dan pakar-pakar pendidikan di Kementerian Pelajaran (kalau masih ada pakar pendidikan di situ) ialah, memperbaiki pelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah. Tidak munasabah, pelajar yang belajar bahasa Inggeris selama sembilan tahun (dari darjah 1 hingga ke peringkat SPM) akhirnya kebanyakannya tidak menguasa bahasa ini dengan baik. Ini dahsyat! Kalau kaedahnya betul, orang boleh menguasai apa-apa bahasa pun dalam masa yang singkat, tidak sampai 9 tahun! Kesimpulannya, kanak-kanak ini perlu diajar melalui bahasa ibundanya, tetapi bahasa kedua hendaklah diajar dengan cekap supaya kanak-kanak ini apabila sampai ke peringkat menengah dia juga sudah boleh memahami istilah-istilah sains matematik dalam BI itu, di samping istilah dalam BM. Maknanya, jika ada pilihan bahawa dasar ini diajar di peringkat menengah, Dato' dan pejuang bahasa ini boleh bersetuju? Saya tidak setuju. Satu soalan saya hendak tanya kepada pihak yang membuat keputusan ini. Apakah mereka membuat keputusan itu kerana pengajaran sains matematik yang diajar dalam BM sebelum 2003 itu gagal, menyebabkan ratusan ribu kanak-kanak tidak menguasai matematik sains kerana diajar dalam bahasa ibunda mereka? Pergilah ke mana-mana negara seperti Korea, Jepun, China, dan semua negeri di Eropah; dan di Finland, misalnya. Sains dan matematik semuanya diajarkan dalam bahasa mereka, tidak dalam bahasa Inggeris. Finland ialah negara kecil; bahasanya tidak sebesar bahasa Melayu, tetapi negara itu boleh maju dalam bidang sains dan teknologi. Kanak-kanak Finland belajar dalam bahasa mereka. GMP bukan anti-BI, tapi hendak mempertahankan apa yang benar, tolak yang tidak benar. Kita mahu kerajaan selesaikan masalah kelemahan bahasa Inggeris dalam sistem pelajaran kita. Banyak sarjana kita lulusan dalam bahasa Melayu. Suruh mereka mengajar sains dan matematik di Universiti Oxford, mereka tetap boleh mengajar dalam bahasa Inggeris - sebab bahasa Inggeris mereka cukup baik, dan bahasa Melayu mereka juga cukup baik. Apakah orang yang membuat keputusan ini fikir hanya mereka yang benar? Dasar itu sahaja yang benar? GMP bukan musuh. Adakah kami yang mempersoalkan dasar ini bodoh, tak betul, tak benar? Kita bangsa Melayu mesti membuat sesuatu berdasarkan kebenaran. Benda yang tiada masalah dijadikan masalah, meleret hingga enam tahun. Selain dari masalah pimpinan politik, jika Dato' sedar, di peringkat sarjana di universiti juga menghadapi masalah sama. Bukan sahaja matematik dan sains, tapi subjek lain seperti sains sosial, malah khabarnya sastera Melayu yang tidak ada kena mengena pun, pihak pentadbir meminta pensyarah mengajar dalam bahasa Inggeris? Itulah akibatnya, sudah melarat-larat. Sepatutnya pensyarah ini ditegur kerana melanggar dasar negara. Ada universiti yang mengajar kesusasteraan Melayu dalam bahasa Inggeris. Kan bodoh ni. Saya menggunakan istilah bodoh ini sebab tidak tahu nak guna istilah apa lagi. Sebab kita sendiri yang punahkan bahasa kita. Bukan negara atau bangsa lain yang suruh kita ajarkan ilmu dalam BI, tapi pemimpin kita sendiri. Di dunia terdapat puluhan negara yang maju yang menggunakan bahasa sendiri. Jepun, China, Korea yang maju. Mereka guna bahasa ibunda mereka, bukan bererti mereka tidak tahu BI. Dari segi perkembangan ilmu, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam terjemahkan buku suatu ketika dahulu begitu aktif. Kini seolah-olah tiada buku baharu? Kita terjemahkan buku, bukan terjemahkan buku yang ilmunya kita boleh tulis sendiri. Ini yang patut digalakkan, iaitu menulis karya ilmu dalam bahasa kita sendiri. Kita patut menterjemahkan buku dalam bahasa lain yang bercorak klasik sahaja. Buku klasik isinya tidak berubah. Karya pemikir Islam yang agung, seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, dan banyak lagi, ilmuwan Barat sendiri 'tabik' terhadap kehebatan pemikir Islam itu. Karya seperti itulah yang perlu ada terjemahannya dalam bahasa Melayu, bukan asing yang sifatnya popular, yang isinya sering berubah-ubah. Buku matematik dan sains ini tidak perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu; sarjana kita sendiri boleh menulisnya dalam bahasa Melayu, kecuali jurnal-jurnal ilmu dan hasil kajian ilmu dan saintifik yang benar-benar 'original', bahan seperti itu mungkin perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Teori baru itu pun tidak banyak orang mengetahuinya. Masa Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) ditubuhkan kita menggunakan buku dari Indonesia, malah pensyarah pun dari sana. Yang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang sains dan matematik, tidak ada masalah pun untuk memahami buku dalam bahasa Melayu-Indonesia. Dengan pelbagai tekanan kini, apa harapan Dato' agar kerajaan menimbang semula dasar ini? Saya berharap kementerian yang berkenaan pergi melawat sekolah di luar bandar, sekolah yang tercorot. Tengok sendiri keadaan kanak-kanak di situ. Jangan pergi ke sekolah bandar sahaja, sekolah 'elite'. Itu tidak adil. Buat sekarang, jangan duduk sahaja dalam bilik, buat kajian berdasarkan data dan statistik yang pilih-pilihan (selektif). Kita di rantau ini berada dalam tamadun berbahasa Melayu, bukan dalam tamadun bahasa Inggeris. Lebih 200 juta manusia mengetahui bahasa Melayu-bahasa Indonesia. Ini bukan bahasa kecil. Ini bahasa yang telah membentuk suatu tamadun yang besar di rantau ini. Tamadun ini perlu dipertahankan oleh pemimpin hari ini, jika ini tidak dipertahankan BM akan menjadi bahasa pinggiran di Malaysia. PPSMI ini perlu dilihat dari segi konteks yang besar, bukan dari dua tiga orang pembuat dasar. Apa yang akan terjadi pada bangsa Melayu datang jika mereka tidak belajar sains dalam bahasa Melayu? Adakah mereka boleh mencipta ilmu baru, sains baru, teknologi baru dalam bahasa kita? Kita kena melihat masalah PPSMI ini dari sudut yang luas itu. |
Takrif negara - sesebuah negara itu layak digelar sebagai sebuah negara apabila ianya diiktiraf oleh seluruh negara didunia ini. Israel tidak mendapat pengiktirafan tersebut sepenuhnya. Contoh Malaysia, Indonesia, Negara2 Arab, China etc semuanya diiktiraf oleh negara diseluruh dunia sebagai sebuah negara.
Israel bukanlah sebuah negara. Negara yang tiada keamanan bukanlah sebuah negara. Ianya lebih kepada tempat sementara “berkubu”.
Siapa yg berani katakan Palestin adalah negara yg lemah???
Negara dan orang2 Palestin adalah tidak lemah. Orang Islam yg terkuat di dunia ini bukan drpd negara Malaysia, bukan daripada negara Indonesia dan bukan juga daripada negara arab yg lainnya. Tetapi orang Islam yg terkuat sekali di dunia di kalangan orang-orang Islam itu sendiri adalah Orang-orang Palestin.
Sehingga ke saat ini Allah SWT masih memberikan kekuatan daripada segi fikiran, rohani dan fizikal kpd org-org Palestin. Sehingga ke saat ini mereka tidak tunduk kepada penceroboh-penceroboh bangsa Yahudi, walau ditekan sekuat mana pun. Walau bayi, ibu, wanita menjadi taruhan. Mereka tidak mengalah. Sudah berapa lama mereka di tekan oleh Yahudi?? Sejak daripada tahun 1947 lagi mereka terus ditekan hingga ke tahun 2009 ini. Mereka masih bertahan. Sebab itu mereka kuat dan hebat dikalangan orang2 Islam.
Maka benarlah firman Allah SWT, bahawa orang-orang Yahudi tidak akan memiliki sebuah negara. Orang-orang yahudi sebenarnya sedang menuju kepada jalan kehancuran dan bukan ke jalan pembetukan sebuah negara. Kekuasaan dan kekuatan mereka tidak setanding semangant juang rakyat Palestin. Mereka akan terhapus dan tewas seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Hanya waktu yg akan ditentukan oleh Allah SWT. Dunia ini sudah terlalu tua untuk manusia membuat kerosakan dan kekufuran kepada Allah SWT.
Pada 13 Januari 2009, bertempat Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) satu himpunan terbesar yang jarang sekali di adakan iaitu himpunan badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO Islam) atau Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Himpunan ini bermula jam 9 pagi dan dihadiri oleh pelbagai NGO-NGO yang ada diseluruh tahan air malah dari Sabah dan Sarawak antaranya seperti Aangkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pusat Islam UPM, PERKIM, Persatuan India Muslim, Persatuan Ulamak Malaysia(PUM), Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia (PGSM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hikmah Sabah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan satu-satunya persatuan pelajar atau mahasiswa yang hadir, dan lain-lain lagi.
Muktamar atau himpunan ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Al-Whatiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan disusuli oleh ucaptama daripada Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) iaitu Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Bin Hj Ahmad yang juga selaku Yang Di-Pertua YADIM yang membawa tajuk “Melestari Perjuangan Gerakan Amal Islami”.
Selain itu, himpunan ini juga diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang tokoh iaitu Tuan Haji Yusri Mohamad yang juga merupakan Presiden ABIM dan Tuan Haji Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Presiden JIM.
Tuan Haji Yusri membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Mengukuhkan Pertubuhan Islam Sebagai Wadah Dakwah Yang Berkesan”, dimana beliau mengetengahkan perbincangan tentang kepentingan pengukuhan gerakan Islam ini dari pelbagai aspek seperti fikrah, kualiti, kuantiti, matlamat dan lain-lain lagi dalam bergerak seperti gerakan yang dibawa Rasulullah saw dan pembentukan generasi seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi.
Manakala Tuan Haji Zaid Kamaruddin dengan tajuknya yang telah dinyatakan diatas tadi meneragkan tentang peranan sebagai pertubuhan Islam bukan kerajaan dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama ini dengan menggunakan apa sajaha kemudahan sebagai cara alternatif dalam berdakwah.
Pada pukul 2.30petang pula berlangsung mesyuarat Agung Muktamar bagi menubuhan jawatankuasa MAIM dan membincangkan matlamat dan halatuju gerakan ini dimasa kini dan di masa depan.
Harapan agar himpunan pertubuhan-pertubuhan yang berorientasikan Islam sebagai panduan gerakan dapat menjadi titik permulaan kepada penyatuan ummat Islam dalam memperjuangkan agama tidak mengira bangsa dan keturunan dan menentang sesiapa sahaja yang
Hadirin
Pergulungan oleh Dato' Nakhaie
Tuan Hj. Yusri
Hadirin yang bertanya
Ucaptama YDP YADIM
Ahli Mesyuarat Agung MAIM
Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!
Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com