Thursday, December 4, 2008

Hapuskan PPSMI demi bahasa Melayu


Forum khas anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia minta pemimpin beri perhatian

FORUM Khas: Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI memberi peringatan kepada pemimpin Melayu agar membatalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku. Sekretariat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selaku penganjur turut bercadang mengemukakan saman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 1952 dan Perlembagaan serta mereka yang terus mengekalkan PPSMI kerana dianggap tidak mengikut lunas perundangan. Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli, berkata pihaknya tidak lagi mahu berlembut dan berbincang apabila pendapat ilmuwan dan tokoh bahasa yang mewakili suara akar umbi tidak lagi didengari, sehingga mendorong mereka untuk mengambil tindakan tegas menyelamatkan bahasa Melayu selepas mendapati bahasa diplomasi tidak lagi difahami.


“PKPIM dan mahasiswa melancarkan Gerakan Anti PPSMI (GAP) ini bertujuan menyelamatkan bahasa Melayu, manakala forum hari ini pula diadakan bagi mengumpul dan menyuntik kekuatan untuk menyatakan bantahan terhadap PPSMI.

“PKPIM bertekad akan menyaman dan membuat laporan polis terhadap pemimpin Melayu yang melanggar Akta Bahasa 152 dan Perlembagaan serta secara terus terang menggunakan PPSMI yang tidak mengikut lunas perundangan,” katanya pada forum anjuran PKPIM di Pusat, Kompleks Anjung Rahmat di sini, baru-baru ini.

Tokoh bahasa, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, berkata beliau akan menghantar memorandum kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein selepas Aidil Adha agar pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu dikembalikan, sekali gus mengelakkan bahasa itu disisihkan daripada sistem pendidikan secara sistematik.

“Memorandum akan dihantar dalam bentuk buku, Kenapa Kami Bantah PPSMI kerana apabila PPSMI dilakukan sepenuhnya, semua subjek berasaskan Sains dan Matematik akan bertukar ke bahasa Inggeris yang menjadi 96 peratus daripada kurikulum peringkat universiti, manakala subjek yang tidak ada kena-mengena turut beralih ke bahasa itu berikutan fitrah manusia mengikut apa-apa yang menjadi arus perdana.

Prof Abdullah memetik surah Ibrahim ayat ke-4 yang terkandung dalam al-Quran, menegaskan keperluan manusia untuk mengajar ilmu dalam bahasa ibundanya dan mengingatkan penyampaian ilmu bukan melalui bahasa ibunda, tidak akan sampai kepada semua lapisan masyarakat, sekali gus tidak dapat mendemokrasi dan meliberalkan pendidikan.

“Dasar pendidikan dalam bahasa Melayu itulah yang menjadikan orang Melayu pandai selama ini sehingga berjaya menjawat doktor, jurutera dan jutawan, tetapi sebahagian daripada mereka ini seperti kacang melupakan kulit,” katanya pada forum yang dipengerusikan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Mohd Faisal Abdul Aziz.

Prof Emeritus Abdullah juga tidak menolak kemungkinan untuk menghantar memorandum kepada Agong dan Sultan dengan menekankan kepentingan bahasa Melayu terhadap institusi Raja Melayu di negara ini, sekiranya tindakan sedia ada tidak membawa kesan positif.

Dalam konteks Islam, Koordinator Kampus, Teras Keupayaan Melayu (Teras), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengingatkan pihak yang beranggapan memperjuangkan bahasa Melayu sebagai asabiah agar menilai sejarah peradaban Melayu yang diangkat dengan kedatangan Islam melalui bahasa Melayu.

“Isu bahasa Melayu turut memberi kesan kepada Islam kerana peradaban bangsa Melayu semakin penting selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sekali gus menjadi kerugian seandainya orang Islam tidak memahami sejarah yang agung itu,” katanya.

Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, menolak tanggapan pihak yang mempertikaikan usaha mengembalikan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu kepada bahasa Melayu sebagai pembaziran beralasan kerajaan sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk PPSMI termasuk membekalkan komputer.

“Usaha kerajaan membekalkan komputer sebenarnya tidak membazir sekiranya bahasa Melayu dikembalikan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek terbabit kerana ia masih boleh digunakan dengan menukar perisian saja, selain syarikat pembekal sedia ada juga masih boleh membuat keuntungan tanpa perlu merosakkan bahasa ibunda berkenaan, ujarnya yang menganggarkan lebih 5.5 juta pelajar yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sehingga bergelar profesor dan saintis sejak bahasa itu digunakan pada 1970 hingga 2001.

Sumber : BHarian

Sunday, November 30, 2008

Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI Berjaya Capai Sasaran


30 November, Gombak - Forum Khas Selamatkan Bahasa Melayu, Hapuskan PPSMI anjuran Gerakan Anti-PPSMI (GAP) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang diadakan di sini pada hari ini berjaya mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan. Panelis-panelis forum tersebut terdiri daripada En. Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Koordinator Kampus TERAS dan Mohd. Hilmi Ramli, Presiden PKPIM. Forum tersebut diselia oleh Sdr. Muhamad Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM sebagai moderator.


Forum yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi tamat pada pukul 12.30 tengahari menyaksikan para panelis menyampaikan dasar-dasar penting sebagai landasan di dalam perjuangan Bahasa Melayu yang diusahakan oleh Gerakan Anti PPSMI ini. En. Kamal Shukri menyelar Persidangan Meja Bulat PPSMI anjuran Kementerian Pelajarn Malaysia (KPM) yang beliau sifatkan sebagai berat sebelah. Beliau juga menyatakan bahawa hasil perbincangan persidangan tersebut tidak boleh disama tarakan dengan hasil kajian yang dilaksanakan oleh cendekiawan-cendekiawan universiti di dalam isu ini sebagai contoh hasil kajian berhubung keberkesanan PPSMI di kalangan pelajar oleh Prof. Emiritus Dr. Isahak Haron daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Beliau menyeru supaya Akta-Akta yang berkaitan dengan Bahasa Melayu tidak hanya tinggal sebagi Akta-Akta kosong yang tidak bererti. Akta-Akta tersebut perlu dikuatkuasakan dan dipatuhi. Beliau merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan dan lain-lain. Beliau turut memberi persoalan penting untuk difikir oleh pemikir-pemikir polisi di dalam KPM iaitu adakah kita ingin hancurkan Bahasa Melayu dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam mengembangkan sains dan teknologi?


Panelis kedua, Sdr. Wan Ahmad Fayhsal pula menyentuh tentang hubungan di antara Bahasa Melayu dan Islam yang disifatkannya sudah berasimilasi sepanjang kehadiran Islam ke Tanah Melayu di dalam lipatan sejarah. Bahasa Melayu sudah melalui proses Islamisasi sehingga menjadikannya sebuah bahasa yang tidak boleh hidup tanpa Islam. Beliau memperkaitkannya dengan keperluan untuk Bahasa Melayu digunapakai sebagai medium transmisi ilmu. Sekiranya PPSMI diteruskan, ia akan menghilangkan sifat keagamaan yang ada di dalam Bahasa Melayu untuk diterapkan di dalam kebangkitan sains dan teknologi pada hari ini.


Malah, pada beliau, sekiranya kita menolak kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk transmisi ilmu, seolah kita menidakkan kepentingan bahasa sesuatu bangsa sebagai medium transimisi ilmu seperti yan disebutkan di dalam ayat 4 Surah Ibrahim. perantara untuk penyampaian ilmu yang Perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu pada beliau bukan sangat kerana isu PPSMI ini, tetapi ia sebenarnya isu yang lebih serius dan lebih dalam daripada apa yang dilihat secara luaran. Beliau turut menyifatkan segelintir kita sebagai terperangkap di dalam watak tertawan dengan menjadikan bahasa asing sebagai bahasa ilmu di dalam negara kita.Tampaknya, bangsa Melayu lebih kelihatan terperangkap dengan minda yang terjajah dan watak yang tertawan selepas daripada Malaysia mencapai kemerdekaan berbanding daripada sebelumnya.


Mohd. Hilmi Ramli menekankan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan seperti yang terkandung di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dipegang sekian lama. Bahasa Melayu merupakan agen pemersatu untuk bangsa-bangsa yang hidup sebuumbung di Malaysia. Perjuangan untuk menamatkan PPSMI ini sudah pun dimulaakn sejak ia mula dilaksanakan pada 2003. Sudah pelbagai usaha melalui memorandum, resolusi, petisyen dan bermacam lagi yang dicapai di dalam kongres, seminar, konvensyen dan kolokium Bahasa Melayu yang dianjurkan.


Sekiranya pihak pemerintah masih tidak memahami bahas diplomasi yang digunakan untuk menunjukkan protes rakyat terhadap pelaksanaan PPSMI ini, sudah tiba masanya untuk gerakan perjuangan Bahasa Melayu ini menggunakan bahasa advokasi. Beliau juga turut menyeru generasi muda khususnya di kalangan mahasiswa untuk turut sama bangkit dan berdiri di barisan hadapan di dalam mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang benar-benar dihayati dan bukannya setakat omong-omong kosong atau sekadar tulisan di atas kertas. Di dalam hal ini, beliau dengan lantang menyatakan bahawa PKPIM akan membuat laporan polis terhadap KPM kerana didakwa mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan beberapa Akta lain yang berkiatan dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Beliau turut menasihati para perwakilan UMNO di dalam Persidangan Agung UMNO Mac hadapan untuk menolak pemimpin-pemimpin yang menjahanamkan Bahasa Melayu.


Forum pada hari ini turut menerima lontaran pandangan yang bernas daripada Prof. Emiritus. Dr. Abdullah Ahsan, seoarang cendekiawan dan pejuang bahasa. Beliau mengajak para hadirin untuk melihat isu ini daripada skop yang lebih luas. Bukan setakat isu PPSMI, Bahas Melayu harus diselamatkan di pelbagai lapangan.


Isu PPSMI merupakan salah satu daripada cabang penting di dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu, dan ia harus diteruskan. Namun, adalah perlu untuk kita melihat kempen selamatkan Bahasa Melayu ini dari aspek lain juga. Sebagai contoh kepentingan Bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa yang punya beban rohani yang cukup tinggi di dalam kehidupan kita seharian.

Forum tersebut diadakan bertujuan untuk meratakan kefahaman akan peri penting perjuangan memartabat dan pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Jumlah peserta forum tersebut turut mencapai sasaran apabila berjaya menarik minat lebih daripada 50 orang mahasiswa yang mewakili organisasi masing-masing, guru-guru, cendekiawan universiti dan pejuang bahasa.


Forum yang diajurkan pada hari ini hanya merupakan permulaan kepada satu protes panjang terhadap PPSMI dan usaha-usaha menyahtaraf Bahas Melayu di Malaysia. PKPIM dan gerakan mahasiswa lain melalui GAP akan terus memobilasi isu ini sehingga KPM mengembalikan hak Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan Malaysia demi kebajikan dan masa depan keseluruhan generasi muda, para pelajar Malaysia.

Sekretariat PKPIM Pusat

Wednesday, November 26, 2008

Fahami inti pati fatwa


http://www.utusan.com.my/utusan/


KUALA LUMPUR 26 Nov. — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru.


Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.


“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan.


Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.


“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga, “ katanya.


Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.


Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas.

– Bernama

Tuesday, November 25, 2008

Ada Apa Tentang Bahasa ?


http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi.html

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

Perkara 152, perenggan 1, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) menyatakan bahawa "bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan ditulis dalam bentuk tulisan yang ditentukan oleh parlimen". Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu.

Wednesday, November 19, 2008

MISI DAKWAH : KESEDARAN BERSAMA


Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas yang mulia. Sehubungan dengan ini, Allah mengamanahkan mereka dengan tugas dakwah . Dalam surah an-Nahl ayat 36 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami mengutuskan bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut”.

Orang-orang yang berdakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firmannya dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah serta beramal soleh seraya berkata, Aku daripada kalangan orang-orang Muslimin.” Oleh kerana dakwah merupakan tugas yang mulia lagi penting Allah mengarahkan umat Islam supaya melaksanakannya. Maka tidak dapat dinafikan lagi, tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mangabaikan amar makruf dan nahi mungkar.


Kita sedang berada pada akhir zaman dan terdapat beberapa hadis yang begitu relevan dengan era kita pada hari ini. Mahasiswa sekalian perlu meneliti riwayat-riwayat ini dengan baik supaya dapat memberi kekuatan bagi mempersiapkan diri menghadapi ujian dan cabaran.


Sejak runtuhnya Kerajaan Uthmaniah di Turki, ramai di kalangan umat Islam menjadi “cintakan dunia dan benci mati”. Berbagai penyakit sosial yang menyerang umat Islam pada hari ini. Umat Islam kehilangan kekuatan sehingga menjadi lemah dan terus hanyut dibawa arus. Bagaimanakah cara bagi menghentikan keadaan ini? Kita sebenarnya bertanggungjawab menerapkan nilai kebenaran pada umat dan seterusnya memproses umat ini sehingga mereka mempunyai nilai-nilai Islam yang kukuh, yang memampukan mereka melahirkan arus kekuatan mereka sendiri dalam menghadapi cabaran.


Penaklukan dan penjajah barat ke atas dunia Islam menjadi semakin meluas selepas berlaku selepas berlakunya Perang Dunia Pertama dan Kedua. Pada penghujung abad kedua puluh, dunia menyaksikan tragedi demi tragedi menimpa ke atas umat Islam di seluruh dunia. Antaranya penindasan ke atas rakyat Palestin, kekejaman ke atas umat Islam Rohingya di Arakan, Burma, Tragedi Bosnia yang menyaksikan puluhan ribu umat Islam dibunuh dan lebih 50 000 yang lain cedera akibat kekejaman pengganas-pengganas Serb dari tahun 1992-1995, kekejaman di Kosovo, dan penderitaan di Chechya serta pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Afghanistan dan Iraq. Mengapa semua ini berlaku? Sudah tentu kerana kelemahan umat Islam sendiri.


Cuba kita lihat generasi terdahulu, terutamanya para sahabat, semuanya utuh memegang al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga berjaya menakluki dua per tiga dunia dan diiktiraf sebagai Khairu Ummah.


Pada akhir zaman, umat Islam terpaksa berdepan dengan golongan cerdik pandai yang sesat lagi menyesatkan. Mereka menyeru umat Islam kepada kemungkaran dengan menggunakan kepakaran yang ada pada mereka. Walaupun senario akhir zaman amat mencabar umat Islam, namun masa depan Islam amat cerah. Hal ini disebabkan, akan lahir pejuang-pejuang Islam yang gigih memperjuangkan maruah Islam secara berterusan sehingga akhirnya mereka mencapai kejayaan.


Imam Ahmad meriwayatkan hadis nabi yang bermaksud, “Akan sentiasa ada segolongan (Taifah) daripada umatku yang berpegang teguh di atas agama dan mereka akan menentang dan menguasai musuh-musuh mereka. Tidak ada apa yang dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang menimpa mereka dalam bentuk ujian-ujian sehingga datangnya urusan Allah”.


Justeru, umat Islam terutamanya para mahasiswa perlu menghindari sikap mudah berputus asa, sebaliknya menjadikan hadis ini sebagai rangsangan untuk terus merancang dan berusaha ke arah masa depan Islam yang gilang-gemilang. Apa yang dapat dirumuskan daripada nas-nas ini adalah:


  1. Dakwah pada hari ini berdepan dengan kualiti umat Islam yang tidak bernilai seperti buih. Justeru, tumpuan perlu diberikan pada pendidikan dan tarbiah dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan zaman ini supaya kualiti umat Islam dapat ditingkatkan.

  1. Dakwah juga terpaksa berdepan dengan suasana politik yang mencengkam, yang menjadi batu penghalang pada dakwah. Justeru, perlu ada sebahagian daripada pendakwah yang memberi tumpuan pada aspek siasah. Perancangan rapi perlu dilakukan supaya sistem dan pemerintahan Islam dapat ditegakkan.

  1. Kegigihan pendakwah-pendakwah yang lain untuk menyesatkan umat menambahkan lagi cabaran ke atas pejuang-pejuang Islam hari ini. Dalam konteks ini, pendakwah-pendakwah yang pakar dalam pelbagai bidang perlu dil;ahirkan supaya mereka dapat berhujah dan menangkis sebarang serangan terhadap Islam pada penjuru masing-masing.

  1. Pertolongan daripada Allah dicurahkan pada mereka yang terus menerus berjuang menegakkan kalimah Allah. Justeru, sikap optimis wajib ada pada hati orang-orang yang berperanan berdasarkan janji-janji Allah yang ada di dalam al-Quran dan Sunnah.

Imam Hasan al-Banna berkata, wasilah atau pendekatan umum dakwah terbahagi kepada tiga iaitu iman yang mendalam, pembentukan yang rapi lagi kemas dan usaha dan amal yang berterusan.


Bagi mencapai semua ini, pembentukan yang efisien dan efektif melalui minhaj tarbiah yang kemas amat diperlukan. Tarbiah ini perlu dipimpin oleh pendidik-pendidik yang bertakwa lagi berkemahiran agar ia mampu melahirkan pendakwah profesional yang relevan dengan zamannya.


Oleh: Mohd Abu Bakar Bin Abdul Halim

Exco Dakwah & Tarbiah

PKPIM-KUIS

http://abubakar85.blogspot.com

PKPIM SOKONG BAHASA MELAYU UNTUK SAINS DAN MATEMATIK


Bantahan yang dibuat oleh bekas Menteri Pelajaran negara, Tun Abdul Rahman Ya'kub terhadap pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris harus diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh saranan Tun Abdul Rahman Ya'kub agar pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu, sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.


PKPIM semenjak daripada awal pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah menyuarakan bantahan terhadap pendekatan tersebut dan sehingga kini PKPIM tetap tegas dengan pendirian bahawa pengajaran Sains dan Matematik harus dikembalikan kepada Bahasa Melayu.


PKPIM bersetuju dengan kenyataan Tun Abdul Rahman Ya'kub bahawa dasar pengajaran dalam Bahasa Melayu yang telah dimulakan semenjak tahun 1970 telah berjaya melahirkan banyak pakar dalam bidang Sains dan Matematik. Malah, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan para pelajar di negara ini sukar untuk bersaing ke peringkat tertinggi.


Justeru, PKPIM sekali lagi mengulang desakan agar pengajaran Sains dan Matematik
dikembalikan semula kepada Bahasa Melayu. PKPIM yakin dan percaya bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan lebih membantu para pelajar di negara ini untuk menguasai kedua-dua matapelajaran itu dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, PKPIM juga tidak menolak kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa asing tersebut haruslah dibuat dengan memperkasakan kaedah pembelajaran bahasa itu sendiri, dan bukannya dengan mengorbankan subjek Sains dan Matematik sehingga ditukar bahasa pengantarnya.


Dalam hal ini, PKPIM menyeru agar pihak yang berkaitan meletakkan kepentingan umat dan masyarakat di negara ini melebihi kepentingan peribadi dan keuntungan politik. Pandangan dan saranan daripada pakar-pakar yang benar-benar bertauliah dan layak untuk membicarakan tentang soal pendidikan, bahasa dan budaya harus diterimapakai dalam menentukan dasar-dasar pendidikan yang penting di negara ini.


KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI

Setiausaha Agung,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kenyataan Media ABIM 12 Nov 2008 / 14 Zulkaedah 1429 - Bincang isu fatwa pengkid secara ilmiah


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.


Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Fatwa yang dikeluarkan akan melalui melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.


Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup dan sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi.


ABIM juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.


ABIM berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan-perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak-pihak ataupun individu-indidvidu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.


Pada masa yang sama, ABIM mencadangkan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan mengambil inisiatif lebih aggresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut.


MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN


YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Monday, October 6, 2008

Pengenalan PKPIM


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.


Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.


PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam.


Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut. Berikut adalah senarai nama 10 orang pemimpin pelajar yang dimaksudkan:


  1. Sulaiman Hj. Nordin Pengerusi (Maktab Pertanian Malaya)
  2. Ahmad Johari Setiausaha Maktab Pertanian Malaya)
  3. W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
  4. Mohd Ghazali Abdullah] (Universiti Malaya)
  5. Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  6. Annuar Hj. Ab. Razak ( Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  7. Ismail Ibrahim (Kolej Islam Malaya)
  8. Ahmad Awang (Kolej Islam Malaya)
  9. Ab. Rahman Hj. Taib (Maktab Perguruan Bahasa)
  10. Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa)

Jawatankuasa Perancang ini kemudiannya mengadakan beberapa siri mesyuarat yang bermula dari tarikh 2 Oktober 1960 di Asrama Pertama dan Asrama Kedua Universiti Malaya bagi membincangkan masalah pembentukan persatuan dan merangka perlembagaan PKPIM. Akhirnya pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, PKPIM telah berjaya ditubuhkan dengan gabungan 5 institusi pengajian tempatan dan 3 bulan kemudian pada 27 Jun 1961 PKPIPTM telah berjaya didaftarkan. Sejak itu PKPIM terus berkembang sehingga mencetuskan kesedaran Islamiah di kalangan generasi muda sehingga kini khususnya pada akhir dekad 60an dan awal dekad 70an.




Visi

Menjana Generasi Rabbāni Demi Membina Tamadun Khayra Ummah

Misi

Gerakan pelajar Islam dinamik dan beriltizam melahirkan generasi muda ke arah memartabatkan idealisme dan cita-cita besar Islam

Motto

Hidup Biar Berjasa



Objektif Gerakan


Sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM menggariskan beberapa objektif:

1. Menjadi satu badan induk yang mewakili pelajar-pelajar Islam di Malaysia untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah.

2. Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia.

3. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain.

4. Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa.

5. Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM.




Budaya 7 PKPIM



PKPIM meletakkan budaya ilmu sebagai satu perkara wajib haraki (gerakan) yang mesti diamalkan oleh ahli persatuan :

Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia
Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. PKPIM di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.

Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar
Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawad¸u`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.

Penghayatan amalan kerohanian
Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.

Memperkasa semangat ukhuwwah
Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri.
Hadis riwayat Bukhari

Menghayati amalan syura, amal jamā`iy & budaya kerja terancang
Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.


Prihatin dan iltizam dengan isu semasa
Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.

Menghayati rūh al-jihād fï sabïl al-Allah
Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.


Keyakinan Idealisme

PKPIM menggariskan beberapa landasan teori sebagai orientasi gerakan persatuan ini iaitu :

Dakwah & Tarbiah
Gerakan Islam yang diasaskan dengan semangat amar makruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan menyanggah kemungkaran), mementingkan sistem pendidikan dan latihan ahli yang lengkap dan bersepadu.

Ilmiyyah (Berbudaya ilmu)
Gerakan yang ditunjangi oleh budaya ilmu yang mantap, rasional dan objektif dalam membezakan anatara hak dan batil.

Desekularisasi
Gerakan yang menggabungjalinkan ilmu-ilmu wahyu (revealed knowledge) dan ilmu-ilmu wahyu yang dituntut (acquired knowledge) dalam proses membangunkan ummat serta mengambil pendekatan mengintelektualkan ulama’ dan mengulama’kan intelektual.

Waşoţiyyah (Kesederhanaan)
Mengambil pendekatan yang sederhana dan tepat dengan menjauhi segala bentuk kecenderungan yang melampau.

Jamāhiriyyah (Akomodatif)
Mengambilkira kepelbagaian gaya hidup masyarakat dalam merangka gerak kerja terhadap sasaran dakwah yang berbeza.

Wāqi`iyyah (Setempat)
Menimbang realiti setempat yang cukup tersendiri dalam melaksanakan ‘manhaj mālizy’ (pendekatan ala Malaysia) dalam penyebaran dakwah.

Tārikhiyyah (Historis)
Sebuah gerakan yang mempunyai pengalaman dan prestasi gerak kerja yang terbukti berkesan, matang dan mampu kekal relevan sepanjang zaman.

Ālamiyyah (Global)
Menjadi gerakan yang dalam gerak kerjanya menjangkau dan merentasi sempadan geografi, politik, agama, budaya dan bangsa.

Non-Partisan
Mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang puak hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan.




Modus Operandi


PKPIM berperanan sebagai elemen penyatu kepada hal ehwal kebajikan dan pergerakan pelajar Islam di peringkat kebangsaan. Fokus pergerakan PKPIM adalah kepada pelajar-pelajar Islam untuk memperkukuhkan fahaman agama. Keahlian PKPIM terbuka kepada semua pelajar dari peringkat menengah hingga ke atas. Jaringan keahlian PKPIM meliputi pelbagai institusi pengajian tinggi dan sekolah di seluruh Malaysia. PKPIM sebagai sebuah badan induk di peringkat kebangsaan mempunyai 12 badan gabungan meliputi seluruh negeri di Malaysia yang bergerak aktif membimbing dan mendidik para pelajar dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan perseorangan.

Fokus dan Skop Aktiviti PKPIM
Pendekatan PKPIM dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah berorientasikan dakwah dan tarbiah. Setiap program dan aktiviti yang dilakukan adalah mempunyai matlamat khusus dengan pengkajian serta perancangan yang teliti dari segi perlaksanaan dan program susulan. PKPIM memberikan penekanan kepada dua skop aktiviti utama sepertimana berikut :

  • Aktiviti Dalaman

Asas Latihan dan Kemahiran
Penumpuan diberikan terhadap perkara-perkara asas yang perlu wujud dalam diri seseorang pelajar Muslim melalui siri-siri latihan kepimpinan, motivasi kendiri dan program-program pembangunan yang disusun secara berkala dari masa ke semasa. Bimbingan diberikan dengan asas-asas kerohanian dan cara hidup Islam yang syumul dalam menghadapi zaman kontemporari yang serba mencabar.

Pengembangan dan Pemantapan
Kemahiran asas yang diperolehi diperkembangkan melalui program dan bengkel-bengkel kemahiran sepertimana kursus dan bengkel yang telah dijalankan. Antaranya ialah Kursus Asas Fasilitator (4 fasa perlaksanaan), Bengkel Pengurusan Strategik dan Organisasi, Siri Latihan Kepimpinan Mahasiswa IPT (pemimpin mahasiswa) dan Bengkel Latihan Khidmat Masyarakat.

  • Aktiviti Luaran

Komuniti dan Pembangunan Masyarakat
Generasi muda merupakan elemen penting dalam mencorak pembangunan masyarakat. PKPIM menyumbang pelbagai bentuk program dan aktiviti yang bersifat penyertaan pelajar secara terus bersama masyarakat umum dari pelbagai peringkat tanpa mengira umur, pangkat dan kawasan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) yang mana di dalam projek ini mahasiswa turun kepada masyarakat desa dan pedalaman. Kedua ialah Program Penyelidikan Komuniti. Antara yang telah dijalankan ialah Projek Permasalahan Masyarakat Felda dan terakhir ialah projek Gerakan Mahasiswa Prihatin (GEMPA). Penumpuan program ini adalah untuk mengadakan kempen-kempen kesedaran gaya hidup murni di pelbagai tempat awam.

Pembangunan Generasi Muda
Pembangunan generasi muda perlu dibina sejak dari awal lagi. Justeru itu, PKPIM melihat aktiviti yang bersifat latihan dan motivasi dianjurkan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada golongan pelajar sejak dari alam persekolahan. Antara program yang telah dijalankan ialah Program Perkampungan Menara Gading (MENARA). Program ini dikhususkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). Seterusnya Perkhemahan Motivasi dan Kepimpinan Sekolah (MEKAR) yang dikhususkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah. Projek Sekolah Angkat turut dilakukan oleh PKPIM dalam membantu negara membangunkan generasi muda. Tidak ketinggalan juga Program Kepimpinan Rakan Muda (KARISMA) yang memberi tumpuan kepada remaja bermasalah.

Keintelektualan dan Pemikiran
PKPIM juga turut mengadakan program-program yang berfungsi sebagai pencetus wahana perbincangan sihat mengenai isu-isu semasa terutama dalam menangani kemelut dunia pelajar khususnya dan manfaat masyarakat umumya. Antara program-program yang dianjurkan oleh PKPIM ialah Konvensyen Pendidikan Nasional, Konvensyen Mahasiswi Islam Kebangsaan, Muzakarah Kepimpinan Nasional, Wacana Ilmiah Bulanan dan Majlis Diskusi Ilmu. Aspek keilmuan dan keintelektualan merupakan pendekatan dan orientasi PKPIM yang utama di kalangan pelajar dan masyarakat umumnya.

Penulisan, Penerbitan dan Teknologi Maklumat
PKPIM dari masa ke semasa menyumbang pelbagai bentuk genre penulisan terutamanya rencana dan penulisan ilmiah melalui saluran media massa. Penulisan ini berkaitan dengan isu-isu pendidikan, perkembangan mahasiswa dan kemasyarakatan. Dalam bentuk sebegini jugalah PKPIM dapat menyalurkan maklumat kepada para pelajar dan masyarakat. Antara bahan penerbitan PKPIM ialah Warta PKPIM, Siri Berkala Suara Mahasiswa, Siri Motivasi Pelajar Muslim Cemerlang (SMART) dan Monograf Berkala Koleksi Kertas Kerja PKPIM.

Penumpuan terhadap teknologi maklumat turut digunakan sebagai medium pengantaraan kepada pelajar dan masyarakat. PKPIM turut mempunyai laman web tersendiri yang memuatkan maklumat semasa pelajar, aktiviti persatuan dan rencana ilmiah. Laman web ini boleh diterokai melalui www.pkpim.net.



PKPIM PUSAT

Logo PKPIM
Sekretariat PKPIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

T+603-6187 9520
F+603-6184 2570
W+www.pkpim.net
E+info@pkpim.net

Tuesday, September 30, 2008

Perutusan Amir Kampus Sempena Aidilfitri 1429H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…


Segala Puji Bagi Allah, Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Besar, Muhammmad SAW, Para Sahabat Baginda dan Kepada Para Mujahid Serta Mereka Yang Masih Berjuang Dalam Menjaga Agama Suci Ini Iaitu Al-Islam.


Di kesempatan ini, saya selaku Amir Kampus bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang mewakili seluruh pimpinan dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada sahabat siswa-siswi di KUIS serta pihak pentadbiran yang di ketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Adanan Isman selaku Rektor, sahabat seperjuangan di dalam kampus serta setiap IPT tempatan, kepada pimpinan PKPIM Pusat di ketuai oleh Saudara Hilmi selaku Presiden dan kepada seluruh muslumin dan muslimat.


Senja Ramadhan kembali setelah fajar Syawal menjelma, itu member petanda bahawa tetamu Allah yang mulia yakni Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita setelah 30hari bersama. Ingin saya membawa pembaca mengimbas kembali semala menjalankan ibadah di bulan Ramadhan, kita diberikan kepercayaan oleh Allah SWT iaitu Puasa. Puasa merupakan amanah antara diri kita dengan sang pencipta dimana jika kita melakukan pecah amanah tiada siapa yang boleh membuktikan kecuali mereka yang melihat sendiri sesiapa yang makan di siang hari.


Bagitulah disiplin yang Allah SWT hendak mengajar kita supaya memainkan peranan sebagai seorang hamba yang bertaqwa sebagai mana firman Allah didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud : “ Wahai oorang-orang yang beriman ,di WAJIBkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah di fardhukan kepada mereka yang terdahulu supaya kamu bertaqwa.


Setelah bertungkus-lumus sepanjang didalam Akademi Ramadhan ini maka lahirlah “finalis-finalis” yang telah berjaya bertahan sampai ke hari ke 30(selepas waktu Maghrib 29hb) dimana hari ini lah yang halangannya agak mencabar kerana sudah hamper dengan Syawal, adakah kita pergi sembahyang Tarawikh seperti sediakala atau “ponteng” semata-mata persiapan hari raya. Wallahua’lam, hanya kita sendiri yang dapat menilainya.


Alhamdulillah 1 Syawal telah menjelma, maka semua ummat Islam bergembira meyambutnya dengan beramah mesra dengan ahli keluarga dan jiran tetangga dengan menjamu pelbagai juadah yang enak-enak dan beraneka rasa ada juga yang memperagakan pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam fesyen. Adakah itu maksud sebenar Aidilfitri?


Aidilfitri adalah hari kembali kita kepada fitrah suci dari dosa-dosa dan Allah SWT meraikan hambanya setelah sebulan berpuasa sebagaimana baginda bersabda yang bermaksud, bagi ummatku ada dua kegembiraan, pertamanya sewaktu berbuka dan semasa menyambut hari raya serta semasa mengadap tuhannya. Selain kita bersuka ria menyambut hari raya, kita mesti juga berasa senang hati untuk sentiasa beribadat kepada Allah dengan meyerah diri kepada nya seperti manjauhi penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, riya’ dan sewaku dengannya.


Sebagai akhirnya marilah sama-sama kita beristigfar,bertasbih dan bertakbir di hari dan bulan yang mulia ini disamping bergembira dengan menjamu selera dan beramah mesra bersama sahabat handai supaya kita tidak kembali seperti sediakala sebelum datangnya Ramadhan.


Kepada sahabat PKPIM KUIS, jari disusun ampun dipinta saya doa kan anda bergembira bersama keluarga dan hati antum sentiasa membara dengan semangat juang kerana Islam.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri yang tidak lekang dengan pelbagai kelemahan…..Salam Syawal..


Wallahhua’lam…


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD,


Amir Kampus

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS).

Perutusan Amir Kampus Sempena Aidilfitri 1429H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…


Segala Puji Bagi Allah, Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Besar, Muhammmad SAW, Para Sahabat Baginda dan Kepada Para Mujahid Serta Mereka Yang Masih Berjuang Dalam Menjaga Agama Suci Ini Iaitu Al-Islam.


Di kesempatan ini, saya selaku Amir Kampus bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang mewakili seluruh pimpinan dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada sahabat siswa-siswi di KUIS serta pihak pentadbiran yang di ketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Adanan Isman selaku Rektor, sahabat seperjuangan di dalam kampus serta setiap IPT tempatan, kepada pimpinan PKPIM Pusat di ketuai oleh Saudara Hilmi selaku Presiden dan kepada seluruh muslumin dan muslimat.


Senja Ramadhan kembali setelah fajar Syawal menjelma, itu member petanda bahawa tetamu Allah yang mulia yakni Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita setelah 30hari bersama. Ingin saya membawa pembaca mengimbas kembali semala menjalankan ibadah di bulan Ramadhan, kita diberikan kepercayaan oleh Allah SWT iaitu Puasa. Puasa merupakan amanah antara diri kita dengan sang pencipta dimana jika kita melakukan pecah amanah tiada siapa yang boleh membuktikan kecuali mereka yang melihat sendiri sesiapa yang makan di siang hari.


Bagitulah disiplin yang Allah SWT hendak mengajar kita supaya memainkan peranan sebagai seorang hamba yang bertaqwa sebagai mana firman Allah didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud : “ Wahai oorang-orang yang beriman ,di WAJIBkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah di fardhukan kepada mereka yang terdahulu supaya kamu bertaqwa.


Setelah bertungkus-lumus sepanjang didalam Akademi Ramadhan ini maka lahirlah “finalis-finalis” yang telah berjaya bertahan sampai ke hari ke 30(selepas waktu Maghrib 29hb) dimana hari ini lah yang halangannya agak mencabar kerana sudah hamper dengan Syawal, adakah kita pergi sembahyang Tarawikh seperti sediakala atau “ponteng” semata-mata persiapan hari raya. Wallahua’lam, hanya kita sendiri yang dapat menilainya.


Alhamdulillah 1 Syawal telah menjelma, maka semua ummat Islam bergembira meyambutnya dengan beramah mesra dengan ahli keluarga dan jiran tetangga dengan menjamu pelbagai juadah yang enak-enak dan beraneka rasa ada juga yang memperagakan pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam fesyen. Adakah itu maksud sebenar Aidilfitri?


Aidilfitri adalah hari kembali kita kepada fitrah suci dari dosa-dosa dan Allah SWT meraikan hambanya setelah sebulan berpuasa sebagaimana baginda bersabda yang bermaksud, bagi ummatku ada dua kegembiraan, pertamanya sewaktu berbuka dan semasa menyambut hari raya serta semasa mengadap tuhannya. Selain kita bersuka ria menyambut hari raya, kita mesti juga berasa senang hati untuk sentiasa beribadat kepada Allah dengan meyerah diri kepada nya seperti manjauhi penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, riya’ dan sewaku dengannya.


Sebagai akhirnya marilah sama-sama kita beristigfar,bertasbih dan bertakbir di hari dan bulan yang mulia ini disamping bergembira dengan menjamu selera dan beramah mesra bersama sahabat handai supaya kita tidak kembali seperti sediakala sebelum datangnya Ramadhan.


Kepada sahabat PKPIM KUIS, jari disusun ampun dipinta saya doa kan anda bergembira bersama keluarga dan hati antum sentiasa membara dengan semangat juang kerana Islam.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri yang tidak lekang dengan pelbagai kelemahan…..Salam Syawal..


Wallahhua’lam…


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD,


Amir Kampus

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS).

Perutusan Amir Kampus Sempena Aidilfitri 1429H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani…

Segala Puji Bagi Allah, Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Junjungan Besar, Muhammmad SAW, Para Sahabat Baginda dan Kepada Para Mujahid Serta Mereka Yang Masih Berjuang Dalam Menjaga Agama Suci Ini Iaitu Al-Islam.

Di kesempatan ini, saya selaku Amir Kampus bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang mewakili seluruh pimpinan dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada sahabat siswa-siswi di KUIS serta pihak pentadbiran yang di ketuai oleh YBhg. Dato’ Mohd Adanan Isman selaku Rektor, sahabat seperjuangan di dalam kampus serta setiap IPT tempatan, kepada pimpinan PKPIM Pusat di ketuai oleh Saudara Hilmi selaku Presiden dan kepada seluruh muslumin dan muslimat.

Senja Ramadhan kembali setelah fajar Syawal menjelma, itu member petanda bahawa tetamu Allah yang mulia yakni Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah meninggalkan kita setelah 30hari bersama. Ingin saya membawa pembaca mengimbas kembali semala menjalankan ibadah di bulan Ramadhan, kita diberikan kepercayaan oleh Allah SWT iaitu Puasa. Puasa merupakan amanah antara diri kita dengan sang pencipta dimana jika kita melakukan pecah amanah tiada siapa yang boleh membuktikan kecuali mereka yang melihat sendiri sesiapa yang makan di siang hari.

Bagitulah disiplin yang Allah SWT hendak mengajar kita supaya memainkan peranan sebagai seorang hamba yang bertaqwa sebagai mana firman Allah didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud : “ Wahai oorang-orang yang beriman ,di WAJIBkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah di fardhukan kepada mereka yang terdahulu supaya kamu bertaqwa.

Setelah bertungkus-lumus sepanjang didalam Akademi Ramadhan ini maka lahirlah “finalis-finalis” yang telah berjaya bertahan sampai ke hari ke 30(selepas waktu Maghrib 29hb) dimana hari ini lah yang halangannya agak mencabar kerana sudah hamper dengan Syawal, adakah kita pergi sembahyang Tarawikh seperti sediakala atau “ponteng” semata-mata persiapan hari raya. Wallahua’lam, hanya kita sendiri yang dapat menilainya.

Alhamdulillah 1 Syawal telah menjelma, maka semua ummat Islam bergembira meyambutnya dengan beramah mesra dengan ahli keluarga dan jiran tetangga dengan menjamu pelbagai juadah yang enak-enak dan beraneka rasa ada juga yang memperagakan pakaian yang berwarna-warni dan bermacam-macam fesyen. Adakah itu maksud sebenar Aidilfitri?

Aidilfitri adalah hari kembali kita kepada fitrah suci dari dosa-dosa dan Allah SWT meraikan hambanya setelah sebulan berpuasa sebagaimana baginda bersabda yang bermaksud, bagi ummatku ada dua kegembiraan, pertamanya sewaktu berbuka dan semasa menyambut hari raya serta semasa mengadap tuhannya. Selain kita bersuka ria menyambut hari raya, kita mesti juga berasa senang hati untuk sentiasa beribadat kepada Allah dengan meyerah diri kepada nya seperti manjauhi penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, riya’ dan sewaku dengannya.

Sebagai akhirnya marilah sama-sama kita beristigfar,bertasbih dan bertakbir di hari dan bulan yang mulia ini disamping bergembira dengan menjamu selera dan beramah mesra bersama sahabat handai supaya kita tidak kembali seperti sediakala sebelum datangnya Ramadhan.

Kepada sahabat PKPIM KUIS, jari disusun ampun dipinta saya doa kan anda bergembira bersama keluarga dan hati antum sentiasa membara dengan semangat juang kerana Islam.Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri yang tidak lekang dengan pelbagai kelemahan…..Salam Syawal..

Wallahhua’lam…

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD,

Amir Kampus

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS).

Friday, September 19, 2008

ISLAMKAN UMAT ISLAM


Semenjak akhir-akhir ini, isu-isu masalah berkaitan dengan umat Islam sering kedengaran dalam negara ini, gejala sosial semakin meningkat, perbuatan maksiat sudah menjadi kebiasaan, anak luar nikah juga semakin ramai di tempatkan di rumah-rumah anak yatim dan tidak kurang juga mereka yang mengidap panyakit AIDS yang diturunkan oleh ibubapa mereka yang tidak kesedudukan.


Selain itu, budaya tipu-menipu,tindas-menindas siapa yang kuat dialah yang menang,siapa yang lemah mereka akan dilanyak cukup-cukup seperti gejala rasuah, projek hak orang menjadi miliknya hanya dengan menghulur sejumlah wang, kerana ingin cepat kaya dan mengumpul seberapa banyak harta tanpa meghiraukan halal dan haram. Tetapi Alhamdulillah kerana sekarang ini pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula memperkasakan kuasanya.


Apa yang ingin di diperkatakan disini ialah isu kemunduran ummat Islam dan perkara ini sudah di dipesan oleh Baginda Rasulullah SAW dimana pada ahkir zaman ummat Islam menuju kembali kepada zaman Jahiliah dan segala ilmu akan diangkat oleh Allah dengan dimatikan para ulama’ serta cendikiawan dan hanya tinggal mereka yang berilmu sederhana.


Gejala yang paling tidak disangkan oleh kita ialah kes murtad orang Islam yang semakin berleluasa seperti kes Lina Joy yang pernah menggemparkan masyarakat Islam dalam Negara yang peka kepada isu ummat ini seperti Ngo-ngo Islam. Selain itu isu penyebaran secara aktif dakyah-dakyah didalam kampus-kampus ataupun IPT tempatan dan tidak kurang juga mereka yang berani mempersoalkan hukum Islam.


Semua isu permasalahan diatas semuanya berkaitan dengan ummat Islam, jika dibiarkan masyarakat Islam dalam negara ini akan menjadi sedikit dan berkuasanya mereka yang ingin menghancurkan agama Islam ini. Adakah kita hendak melihat pada suatu hari nanti amalan-amalan Islam sudah tidah “releven” untuk di amalkan dalam negara ini.


Olehyangdemikian, sudah tiba masanya kita yang peka akan isu ini sama-sama membantu dalam memulihkan kembali sahsiah ummat Islam dengan kembali kepada ajaran asas Islam, pengenalan Islam sebagaimana pendekatan yang digunakan untuk berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.


Di Malaysia ini terdapat pelbagai agensi-agensi dan Ngo-ngo Islam seperti ABIM, PKPIM, JIM, WADAH, MUAFAKAT, PERKIDA, GAMIS dan banyak lagi. Oleh itu sudah tiba masanya kita membantu pihak-pihak ini dalam mengambalikan kedaulatan dan kekuatan Islam seperti zaman kegemilangan khalifah Islam terdahulu yang secara tidak langsung mengharumkan kembali nama bangsa Melayu yang sekarang ini sering terjebak dengan pelbagai gejala buruk.


Selain itu pihak berwajib dalam hal masyarakat dan penduduk ini ialah kerajaan yang perlu lebih memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara ini. Ketepikan dahulu isu-isu politik yang sedang bercelaru sekarang ini dan bersatulah untuk membanteras segala masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata terutama isu ummat Islam. Jika semua pihak bersatu di atas jalan Allah dan dasar Islam, saya yakin masalah ini dapat diatasi dengan jayanya Insya’ Allah.


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Amir Kampus,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS)

Thursday, August 28, 2008

Pesta Seks Pelajar IPT


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.

Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.


“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.

“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.

Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya.

“Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun.

“Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.

Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk.

“Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya.

Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan.

“Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.

“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya.

Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki.

“Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.

“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya.

Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.

“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit.

“Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa.

“Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.

Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.

“Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya.

Sunday, August 24, 2008

Pindaan AUKU bukan kosmetik


Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/


SEMANGAT PATRIOTIK: Mohamed Khaled melancarkan Sambutan Kemerdekaan Ke-51 dan kempen mengibarkan Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya, semalam.

Pelajar IPT tetap digalak aktif kegiatan sihat: Mohamed Khaled

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) hanya sekadar kosmetik dan masih mengongkong kebebasan pelajar.

Beliau berkata, 61 daripada 165 fasal dalam akta itu dipinda bertujuan memperkasakan imej institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menjadi lebih telus, berdaya maju dan tidak menyekat pembabitan pelajar dalam kegiatan yang membina.

"Tanggapan ia pindaan kosmetik tidak benar dan ia hanya cakap-cakap orang yang suka mempolitikkan akta berkenaan. Pelajar masih diberi kebebasan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program yang membawa kebaikan walaupun sebelum AUKU dipinda," katanya pada sidang media selepas pelancaran sambutan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pengajian Tinggi, di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil lima IPT awam, termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kelmarin, kira-kira 100 pelajar IPT awam dan swasta yang dinamakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) berhimpun di luar Bangunan Parlimen, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi memansuhkan AUKU.

Mohamed Khaled berkata, pindaan AUKU dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai lalu dan bacaan kali kedua atau sesi perbahasan berhubung pindaan beberapa fasal dan peruntukan AUKU akan diadakan selewat-lewatnya minggu depan.

Selain itu, beliau berkata, bacaan pertama pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) sudah dibentangkan di Dewan Rakyat kelmarin bagi menyusun semula akta itu berasaskan perubahan tanggungjawab dan kemajuan IPT swasta.

Katanya, kemajuan dan peranan IPT swasta semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu apabila kemasukan pelajar menunjukkan pertambahan setiap tahun kepada 340,000 pelajar setakat ini, berbanding 360,000 pelajar IPT awam.

"Jumlah pelajar luar negara IPT swasta ketika ini ialah 30,000 orang berbanding 10,000 pelajar di universiti awam.

Thursday, August 21, 2008

Erti Kemerdekaan


Oleh :
Mohd Syahiran Muhammad
syah5487@yahoo.com.my | http://dairy5487.blogspot.com

Tidak lama lagi negara kita akan menyambut hari memperingati kemerdekaan ke-51 bagi mengenang jasa pejuang-pejuang tanah air yang sanggup berkorban demi mengembalikan tanah melayu ini kepada tuan penduduk asal serta boleh mentadbir negara dengan cara tersendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa atau negara.

Sebelum kita menyebut atau melaungkan perkataan kemerdekaan ini dengan penuh semangat, adakah kita faham erti kemerdekaan yang sebenar? adakah sekarang ini kita telah betul-betul merdeka? Pengertian kemerdekaan generasi semasa pemerintahan penjajah berbeza daripada kefahaman generasi sekarang. Kerana orang dahulu memahami erti kemerdekaan iaitu berusaha untuk membebaskan diri daripada mengawalan pihak menjajah, ingin memerintah negara sendiri dan tinggal di negara yang tiada penjajah dan pendatang.

Mungkin pengertian atau pemahaman oleh generasi sekarang tentang erti kemerdekaan sudah berubah mengikut kefahaman melalui apa yang mereka lihat, iaitu apabila tiba hari kemerdekaan mesti ada expo, konsert, tari menari atau suka-suka pendek kata pada hari kemedekaan semua rakyat kena bergembira atau "enjoy" tanpa batasan, itukah kemerdekaan yang dimaksudkan sampaikan anak-anak muda sepatutnya bangga dan sama melaungkan kemerdekaan, menyambut kemerdekaan dengan cara yang tidak bermoral yang jauh lagi dari adat kita sebagai kaum peribumi negara ini.

Betullah maksud kemerdekaan itu adalah membebaskan diri daripada dibawah kawalan penjajah lebih-lebih lagi mereka itu bukan Islam dan dalam masa yang sama mereka menyebarkan agama dan budaya mereka yang sekarang ini kita boleh lihat. Tetapi itu tidak kekal lama jika kemenangan untuk kemerdekaan ini tidak diisi dengan sesuatu yang boleh mengekalkan semangat cintakan negara seperti seorang pelajar yang ingin mendapat 20A dan dia berjaya mendapatkannnya akan tetapi kejayaan nya tidak diisi dengan pendidikan sahsiah atau moral sebagai seorang manusia dan ramai mereka yang tergelincir dialm lurah fitnah.

Kemerdekaan tidak cukup hanya orang melayu dapat memerintah negara, orang melayu dapat biasiswa, orang melayu menjadi jutawan dan orng melayu dapat menjelajah ke angkasa lepas. tetapi ia perlu diisi dengan kefaham agama iaitu Islam, dengan didikan atau fahaman Islam ini menjadi peganggan kepada seorang dalam menceburi apa-apa bidang yang diminati.


Jika sekarang ini kitab boleh lihat secara terang-terang budaya rasuah dalam kalangan pembesar negara, mahasiswa yang rosak akhlaknya, isteri-isteri pemimpin yang tidak tutup aurat, sistem pendidikan yang tidak menekan agama dan hanya menekankan tentang kecemerlangan pelajar bukan kualiti ilmu. Pembunuhan,merompak merogol, gejala sosial yang meningkat tdan tindas-menindas disana-sini, dimanakan yang dikatakan sebuah negara aman dan merdeka?

Sebab itula pentingnya pengisian cara Islam dalam kemenangan yang kita dapat ini, betul kita sekarang hidup dalam masyarakat majmuk, tetapi adakah ajaran Islam mengajar ummatnya menindas orang yang bukan penganutnya? tentu sekali tidak kerana islam mengamalkan kesejahteraan dn bersifat tidak memaksa orang masuk Islam tetapi menghentam orang yang keluar Islam.

Susah ke perlembagaan nagara mengikut kaedah Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias? Percayalah jika selagi Islam tidak diamalkan sepenuhnya dalam negara ini, segala masalah tidak akan selesai bahkan semakin banyak masalah-masalah baru akan timbul. Ingatlah Islam adalah segala-segalanya.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com