Wednesday, January 14, 2009

PKPIM bantah istilah pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. ..


Jimadie Shah Othman | Jan 13, 09 Justify Full11:38am

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganggap penggunaan label pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa bagi kumpulan pelajar yang bertanding dalam pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai "tidak sihat dan merosakan perjuangan gerakan mahasiswa".

Sebaliknya, PKPIM berpendapat adalah lebih baik kumpulan yang bertanding itu dikenali mengikut persatuan dan organisasi yang dianggotai mereka iaitu We Unite For Islam (Wufi), Wawasan-GPMS dan calon PKPIM.

Media selama ini menggunakan istilah pro-Aspirasi merujuk kepada Wawasan-GPMS dan pro-Mahasiswa terhadap Wufi, manakala PKPIM pula dianggap pihak ketiga dalam pilihanraya kampus di UIA.

khairul anuar musa pkpim"(Amalan) menggunakan gelaran Pro-Mahasiswa memperlihatkan seolah-olah wujudnya hanya satu yang memperjuangkan mahasiswa," kkelompok ata exco antarabangsa PKPIM, Khairul Anuar Musa.

Khairul yang juga anggota badan pemantau pilihanraya kampus UIA yang ditubuhkan PKPIM berkata seharusnya pilihan kampus tidak mengikut rentak politik luar, yang sifatnya adalah hitam dan putih.

"Sesiapa sahaja di kalangan mahasiswa yang mendokong idelisma gerakan mahasiswa, seharusnya layak untuk bertanding.

"Pemilihan pimpinan dalam pilihanraya kampus berdasarkan merit dan kebolehan untuk memimpin bagi mahasiswa, bukan bendera mana yang dipegang," katanya.

Universiti itu akan mengadakan pilihanraya kampus pada 19 Januari depan.

Pada awalnya, pilihanraya kampus UIA dijadual diadakan pada 15 Januari sebelum tarikh dipinda kepada 19 Januari.

Ekoran itu, kumpulan Wufi dilaporkan mengesyaki tindakan itu bertujuan untuk menghalang mahasiswanya daripada terlibat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Pilihanraya kampus di UIA kali ini akan menyaksikan perebutan 29 kerusi - 24 kerusi fakulti, lima kerusi antarabangsa.

http://malaysiakini .com/news/ 96326

AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).



Pada 13 Januari 2009, bertempat Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) satu himpunan terbesar yang jarang sekali di adakan iaitu himpunan badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO Islam) atau Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).


Himpunan ini bermula jam 9 pagi dan dihadiri oleh pelbagai NGO-NGO yang ada diseluruh tahan air malah dari Sabah dan Sarawak antaranya seperti Aangkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) , Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pusat Islam UPM, PERKIM, Persatuan India Muslim, Persatuan Ulamak Malaysia(PUM), Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia (PGSM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Hikmah Sabah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan satu-satunya persatuan pelajar atau mahasiswa yang hadir, dan lain-lain lagi.


Muktamar atau himpunan ini dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Al-Whatiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Di-Pertuan Agong Malaysia dan disusuli oleh ucaptama daripada Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) iaitu Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Bin Hj Ahmad yang juga selaku Yang Di-Pertua YADIM yang membawa tajuk “Melestari Perjuangan Gerakan Amal Islami”.


Selain itu, himpunan ini juga diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh dua orang tokoh iaitu Tuan Haji Yusri Mohamad yang juga merupakan Presiden ABIM dan Tuan Haji Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Presiden JIM.


Tuan Haji Yusri membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Mengukuhkan Pertubuhan Islam Sebagai Wadah Dakwah Yang Berkesan”, dimana beliau mengetengahkan perbincangan tentang kepentingan pengukuhan gerakan Islam ini dari pelbagai aspek seperti fikrah, kualiti, kuantiti, matlamat dan lain-lain lagi dalam bergerak seperti gerakan yang dibawa Rasulullah saw dan pembentukan generasi seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi.


Manakala Tuan Haji Zaid Kamaruddin dengan tajuknya yang telah dinyatakan diatas tadi meneragkan tentang peranan sebagai pertubuhan Islam bukan kerajaan dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama ini dengan menggunakan apa sajaha kemudahan sebagai cara alternatif dalam berdakwah.


Pada pukul 2.30petang pula berlangsung mesyuarat Agung Muktamar bagi menubuhan jawatankuasa MAIM dan membincangkan matlamat dan halatuju gerakan ini dimasa kini dan di masa depan.


Harapan agar himpunan pertubuhan-pertubuhan yang berorientasikan Islam sebagai panduan gerakan dapat menjadi titik permulaan kepada penyatuan ummat Islam dalam memperjuangkan agama tidak mengira bangsa dan keturunan dan menentang sesiapa sahaja yang cuba mencabar agam Islam yang suci yang satu-satunya agama yang benar didunia ini. Himpunan ini berakhir pada jam 6 petang.



Hadirin


Sesi Soal jawab


Perbentangan Oleh Tuan Haji Zaid Kamaruddin


Pergulungan oleh Dato' Nakhaie


Tuan Hj. Yusri


Hadirin yang bertanya


Ucaptama YDP YADIM


Ahli Mesyuarat Agung MAIM


Ucapan Pengerusi tetap

Abg Khairul, Abg MK, Wasif dan Syahiran ( Wakil PKPIM)


Pimpinan MAIM yang dilantik

Program Kepimpinan dan Latihan PKPIM (KLIP)



Pada 9 Januari 2009,iaitu hari Jumaat, PKPIM-KUIS telah menyertai Program Latihan Dan Kepimpinan (KLIP) yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM ) bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Taman Melati.

KLIP tiga hari dua malam ini dihadiri oleh pimpinan PKPIM di peringkat kampus seperti dari UKM,USM, UIA Gombak-Petaling Jaya-Nilai, USIM, UPM dan lain-lain. Turut dihadiri pimpinan daripada badan gabungan negeri (BGN) seperti PPIK-Kelantan,KPIP-Perak,PePIM-Melaka,PePINS-N9,PePIAS-Selangor, PerKePis-Sarawak dan lain-lain lagi.

PKPIM-KUIS di wakili oleh saudara Mohd Syahiran selaku Amir Kampus dan juga Saudari Khairiah selaku Amirah dan ketua HEWI. Program ini diadakan adalah untuk penyelarasan pergerakan antara kampus, BGN dengan PKPIM Pusat seperti memberi latihan kepimpinan kepada peserta mengikut cara yang diamalkan oleh PKPIM kepada seluruh pimpinan kampus dan BGN.

Dengan adanya program sebegini mampu memberi latihan secukupnya kepada pimpinan PKPIM di pelbagai peringkat agar Visi,Misi dan juga matlamat untuk melahirkan generasi Khaira Ummah seperti generasi Salahuddin Al-Ayubi ini akan tercapai dan juga memperkasakan ukhuwwah antara satu sama lain.


Resolusi Oleh Timbalan Presiden : Abang Naim

Sesi Perbentangan LDK

Perkongsain Ilmu Oleh Dr. Amran : Setiausaha Agung ABIM

Taklimat Penyelarasan Aktiviti oleh Setiausaga Agung PKPIM : Abg Khairul Anwar


Salam Ukhuwwah diakhir Program

Tuesday, January 6, 2009

Hamas, Israel bertempur di darat



ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Sembilan anggota tentera Yahudi maut, tetapi kerajaan enggan mengesahkan

BANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.

"Seorang pegawai Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, malam Isnin lalu," kata jurucakap tentera yang dipetik AFP di Baitulmaqdis, sambil mendakwa kematian itu mungkin berpunca daripada tembakan anggotanya sendiri tanpa sengaja.

"Kematiannya menjadikan lima askar Israel terbunuh sejak tentera berkenaan melancarkan serangan ke atas Hamas sejak 27 Disember lalu. Tiga daripadanya mati akibat terkena 'tembakan rakan sendiri' dalam pertempuran di Gaza.

Hamas, yang melancarkan berpuluh-puluh tembakan roket kepada Israel, berikrar akan menanti askar Israel 'di setiap penjuru jalan dan lorong' di bandar ini.

SEORANG pejuang Palestin memeriksa kawasan runtuhan yang musnah dalam serangan udara Israel di Gaza, malam semalam.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas � yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi 'tenang dan aman' di selatan negara berkenaan.

Penduduk di bandar utama wilayah berkenaan melaporkan pengeboman dari arah darat dan udara, menyebabkan asap tebal menyelubungi ruang udaranya dan api menerangi kegelapan malam di daerah utara Zeitoun, tempat pertempuran paling sengit.

Dalam kenyataan pertamanya bagi mengakui pertempuran di jalan raya Gaza di antara Israel dan Hamas, pihak tentera menyatakan pasukan udara dan artilerinya turut 'membantu pasukan darat dengan melancarkan serangan ke atas kawasan Hamas yang digunakan sebagai tapak pelancaran roket.'

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa 'keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan' itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sesetengah penduduk diberi amaran oleh askar Israel menerusi mesej yang dirakam dalam bahasa Arab bahawa mereka akan memusnahkan Hamas dan 'kami akan menggunakan apa juga cara untuk melakukannya.' � Agensi

SIARAN MEDIA: PKPIM KECAM SERANGAN KE ATAS GAZA


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk serangan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap bumi Gaza . Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 2 Januari 2009, serangan yang telah masuk hari ke enam itu telah mengorbankan 410 penduduk awam Palestin dan mengakibatkan 1,900 yang lain cedera.

Jumlah angka kematian ini menjelaskan kepada kita bahawa serangan yang dilakukan regim Israel tersebut bertujuan untuk mencari jalan supaya berlakunya pembersihan etnik secara besar-besaran terhadap penduduk Islam Gaza dan wajib ditentang oleh masyarakat dunia.

Dalam pada itu, PKPIM turut mengutuk alasan yang digunakan Israel untuk menghalalkan serangan. Serangan atas alasan untuk membunuh aktivis Hamas adalah suatu yang tidak masuk akal memandangkan serangan tersebut dilakukan secara terang-terangan ke atas kawasan bandar dan perumahan yang diduduki oleh ramai penduduk awam.

Sementara itu, PKPIM turut menggesa seluruh pihak khususnya Majlis Keselamatan PBB dan Persidangan Negara Islam (OIC) untuk melakukan sesuatu untuk mendesak regim zionis menghentikan serangan. Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, sudah tiba masanya badan dunia seperti PBB dan OIC serta Kesatuan Eropah (EU) bersuara secara lantang dan mengenakan sekatan politik dan ekonomi terhadap Israel.

Serangan Israel ini merupakan bibit permulaan kepada peperangan besar-besaran dan PKPIM tidak menolak kemungkinan siri peperangan yang berlaku antara Arab – Israel yang berlaku sekitar tahun 1973 akan meletus kembali.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM turut menyelar kedegilan kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak untuk membuka sempadan Gaza melalui pintu lintasan Rafah. Keengganan ini sebenarnya telah membantu kepungan wilayah Gaza oleh Israel memandangkan penduduk awam Gaza tidak dapat lari ke sempadan Mesir untuk mencari tempat perlindungan.



MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Naib Presiden Antarabangsa PKPIM

Sunday, January 4, 2009

MajlisKebangsaan Pelajar Islam ( Syura') PKPIM


Amir Kampus telah dijemput untuk ke mesyuarat Syura' Kebangsaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Kolej Darul Hikmah (KDH ), Kajang, pada 4 Januari 2008 iaitu hari sabtu bersamaan 7 Muharam 1430 H ia juga dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Pelajar Islam (MKPI) selepas menghadiri mesyuarat selari untuk Amir Kampus, Exco Dakwah Tarbiah, Exco Latihan, HEWI dan Setiausaha kampus pada 2 dan 3 Januai 2008.

MKPI ini dihadiri oleh pimpinan PKPIM 2008/09 iaitu Presiden Saudara Hilmi, Timbalan Saudara Naim, Naib Presiden Kebangsaan iaitu Saudara Hanif, Naib Presiden Antarabangsa Saudara Faisal, Setiausaha Saudara Khairul Anuar, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi Islam (HEWI) Saudari Akmar, bendari Saudari Maryati dan beberapa exco saperti saudara azizan, saudara akmal, saudara abu qasim, saudara Noor Ikram dan lain-lain lagi.

Selain itu MKPI ini juga turut dihadiri oleh mantan-mantan pimpinan tertinggi PKPIM untuk sama-sama mencurahkan idea dan pandangan mereka mengikut pengalaman yang pernah dilalui semasa mereka memegang tompok pimpinan.

Manakala ahli syura' yang lain terdiri daripada YDP badan gabungan pelajar islam diperingkat negeri seperti PPIK-kelantan, PePIAS-Selangor, KPIP-Perak, Persida-Kedah, IKATAN-Pahang, Kepitar-Terangganu, PePINS-N9, PePIM-Melaka, Pembimbing -Pulau Pinang, KPIJ-Johor, Perkepis-Sarawak dan SISMA-Sabah.

Manakala ahli syura' yang terdiri daripada Amir Kampus pula ialah daripada UKM, UM, UIA Gombak, PAUIA Petaling Jaya, PAUIA Nilai, UiTM Shah Alam, UTM Skudai, USIM, Unisel dan KUIS,bangi.

Syura' ini bermula pada jam 9.30pagi hingga jam 1 petang yang dipengurusikan oleh Abang Remy yang juga bekan presiden PKPIM yang sekarang ini memegang jawatan penolong setiausaha ABIM pusat. Seterusnya pengesahan mesyuarat yang lepas serta beberapa perbahasan tantang perkara yang dibincangkan.

Selapas masyuarat ditamatkan kami dijamu dengan makanan tengah hari dan solat zohor berjemaah.



 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com