Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Sagala puji bagi Allah swt. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar, Muhammad Rasulullah SAW, kepada sahabat-sahabat baginda serta kepada mereka yang sedang berjuang di jalan allah dengan apa-apa cara sekalipun.
Firman Allah di dalam Surah Muhammad :
" Barang siapa yang menolong di jalan Allah (Agama), nescaya Allah akan menolongnya kembali"
Alhamdulillah, pertamanya marilah sama-sama kita panjang kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan kuasa dan keizinannya kita masih lagi dalm keadaan sihat dan aman. Bersyukur juga kepadanya kerana diberi peluang untuk kita meneruskan tugas sebagai manusia itu sebagai hamba, khalifah dan juga sebagai pendakwah agar peluang yang ada ini dimanfaat sebaiknya untuk menambah saham sebelum sampai masanya untuk di hisab.
Syukur dan tahniah kepada pihak jawatankuasa yang bertanggugjawab dalam hal ehwal media ini, kerana telah mewujudkan salah satu cabang atau alat untuk menyampaikan dakwah iaitu Web blog(weblog) dimana weblog ini merupa satu medium untuk menyampaikan dakwah di alam siber. cara ini teramat penting kerana segala maklumat yang disebar, dapat dibaca oleh seluruh masyarakat dunia kerana internet merupakan jaringan tanpa sempadan.
Namun saya tidak menolak medium ini mempunyai banyak keburukan dan risiko kepada kita dan masyarakat kerana dengan internet ini jugalah musuh-musuh Islam menyerang ummat Islam dengan cara yang halus seperti memperkenalkan friendster yang menggalakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan memaparkan pelbagai jenis gambar tentang individu, selain itu penyebaran seperti laman-laman lucah yang banyak diselitkan dalam setiap produk daripada internet ini.
Terpulanglah kepada kita yang diberi akal yang sihat, hati yang bersih serta ilmu agama yang banyak untuk menimbang atau memilih yang mana yang baik atau yang buruk. Bagi PKPIM-KUIS, kami menggunakan segala kemudahan yang ada selagi ia boleh di manfaatkan dalam menjalankan Gerakan Islam ini. Jika musuh boleh menggunakan ini untuk menyerang, kita juga boleh menggunakannya untuk serang balas terpulang kepada kretiviti ,kekuatan Iman
dan Ilmu yang ada.
Oleh itu, sebagai akhirnya harapan saya dalam PKPIM-KUIS ini ialah untuk menyampaikan dakwah atau menyebarkan ajara Islam dalam pelbagai bentuk dan cara, menyuarakan hak pelajar serta berusaha membentuk kesefahaman antara pemikaran mahasiswa supaya sedar akan peranan dan tugas mereka didalam masyarakat ini. Kepada Ahli serta ahli jawatankusa PKPIM-KUIS ingatlah berjuangan baru bermula masih banyak lagi ujian yang perlu ditempuhi, kuatkan diri, tetapkan pendirian, tembahkanlah ilmu agama dan sentiasa berserah dan bermunanjat kepada Allah selalu seperti mangamalkan amalan-amalan sunat dan berqiamullail.
"Bekerja Dengan Islam,Kerana Allah."
Wassalam,
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Dip.Usuluddin Tahun 2,
Amir Kampus,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PKPIM-KUIS).