Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,
MALAYSIA
Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.net
Emel: pkpim_spp@yahoo.com
Sebuah badan induk persatuan pelajar Islam yang berdaftar di peringkat kebangsaan, maka PKPIM menggariskan beberapa objektif: 1. Menjadi satu badan induk yang mewakili pelajar-pelajar Islam di Malaysia untuk berkembang dan berjuang ke arah merealisasikan idealisme Islam yang syumul (komprehensif) selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. 2. Mengeratkan dan merapatkan tali persaudaraan di antara semua pelajar Islam Malaysia. 3. Menjadi wakil untuk mengemukakan kesulitan, permintaan serta tuntutan pelajar-pelajar Islam kepada pihak yang berkaitan dengan masalah pelajaran, kebudayaan, kemasyarakatan dan lain-lain. 4. Mengadakan kemudahan kepada para pelajar tanpa mengira perbezaan agama, ekonomi, kaum, pergaulan hidup atau bahasa. 5. Mewakili pelajar-pelajar Islam semasa di dalam dan luar negara, merapatkan ukhuwwah Islamiah serta bekerjasama dengan persatuan-persatuan yang sama dasarnya dengan PKPIM. |
Menjana Generasi Rabbāni Demi Membina Tamadun Khayra Ummah
Misi
Gerakan pelajar Islam dinamik dan beriltizam melahirkan generasi muda ke arah memartabatkan idealisme dan cita-cita besar Islam
Motto
Hidup Biar Berjasa
Jasa Tokoh Terdahulu
Kini PKPIM masih lagi berada di persada dakwah lebih 40 tahun dan terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi cabaran semasa. Dengan penuh iltizam, PKPIM cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, mampu menyelaraskan pergerakan pelajar Islam di seluruh negara serta menjadi jurubicara pelajar yang dihormati. Di bawah disenaraikan nama-nama Presiden PKPIM yang telah menggerakkan persatuan ini:
http://www.malaysiakini.com/news/100946
Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.
Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".
Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."
Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.
Perhimpunan Agung Wanita Umno hari ini turut menerima beberapa usul politik, ekonomi, agama dan sosial yang diterima tanpa dibahaskan.
Jawatan menteri
Beberapa bahagian didapati menyuarakan hasrat mereka supaya ketua Wanita diberi tempat sebagai menteri kabinet.
Cadangan itu dibuat oleh dua bahagian daripada Perlis (Padang Besar dan Kangar) dan dua bahagian lagi daripada Terengganu (Besut dan Kuala Terengganu).
Pasir Salak, Bagan Serai, Kuala Langat dan Bukit Katil pula mengusulkan supaya Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan dan dipertahankan.
Pasir Salak bagaimanapun menekankan perlunya akta kontroversi itu dilaksanakan secara profesional, adil dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.
Setelah dirasmikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam tadi, tiga sayap Umno - Pemuda, Putera dan Puteri - mula bersidang hari ini.
Pada masa ini sedang berlangsung pengundian untuk memilih pucuk pimpinan masing-masing.
Persidangan Wanita kali ini juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang dicabar oleh Timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.
Sign up to receive breaking news
as well as receive other site updates!
Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com