Oleh :
Mohd Syahiran Muhammad
syah5487@yahoo.com.my | http://dairy5487.blogspot.com
Tidak lama lagi negara kita akan menyambut hari memperingati kemerdekaan ke-51 bagi mengenang jasa pejuang-pejuang tanah air yang sanggup berkorban demi mengembalikan tanah melayu ini kepada tuan penduduk asal serta boleh mentadbir negara dengan cara tersendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana kuasa atau negara.
Mohd Syahiran Muhammad
syah5487@yahoo.com.my | http://dairy5487.blogspot.com
Sebelum kita menyebut atau melaungkan perkataan kemerdekaan ini dengan penuh semangat, adakah kita faham erti kemerdekaan yang sebenar? adakah sekarang ini kita telah betul-betul merdeka? Pengertian kemerdekaan generasi semasa pemerintahan penjajah berbeza daripada kefahaman generasi sekarang. Kerana orang dahulu memahami erti kemerdekaan iaitu berusaha untuk membebaskan diri daripada mengawalan pihak menjajah, ingin memerintah negara sendiri dan tinggal di negara yang tiada penjajah dan pendatang.
Mungkin pengertian atau pemahaman oleh generasi sekarang tentan
g erti kemerdekaan sudah berubah mengikut kefahaman melalui apa yang mereka lihat, iaitu apabila tiba hari kemerdekaan mesti ada expo, konsert, tari menari atau suka-suka pendek kata pada hari kemedekaan semua rakyat kena bergembira atau "enjoy" tanpa batasan, itukah kemerdekaan yang dimaksudkan sampaikan anak-anak muda sepatutnya bangga dan sama melaungkan kemerdekaan, menyambut kemerdekaan dengan cara yang tidak bermoral yang jauh lagi dari adat kita sebagai kaum peribumi negara ini.
Kemerdekaan tidak cukup hanya orang melayu dapat memerintah negara, orang melayu dapat biasiswa, orang melayu menjadi jutawan dan orng melayu dapat menjelajah ke angkasa lepas. tetapi ia perlu diisi dengan kefaham agama iaitu Islam, dengan didikan atau fahaman Islam ini menjadi peganggan kepada seorang dalam menceburi apa-apa bidang yang diminati.
Sebab itula pentingnya pengisian cara Islam dalam kemenangan yang kita dapat ini, betul kita sekarang hidup dalam masyarakat majmuk, tetapi adakah ajaran Islam mengajar ummatnya menindas orang yang bukan penganutnya? tentu sekali tidak kerana islam mengamalkan kesejahteraan dn bersifat tidak memaksa orang masuk Islam tetapi menghentam orang yang keluar Islam.

Susah ke perlembagaan nagara mengikut kaedah Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias? Percayalah jika selagi Islam tidak diamalkan sepenuhnya dalam negara ini, segala masalah tidak akan selesai bahkan semakin banyak masalah-masalah baru akan timbul. Ingatlah Islam adalah segala-segalanya.
























